Bundle baby and kids kota bharu

Sunday, December 09, 2018

Slmt mlm..Sejak masukkn stok baru aku jd gila serius pulak dgn bisnes bundle aku ni. alhamdulillah hasil belahan bale yg masuk baru ni boleh tahan cun2..tergoda jgak nk grab utk rayyan dan abg dia..tahan nafsu oii. Grab yg mana berkenan sgt je. Dah la modal kali agak keras jugak la. Kali ni aku masukkan stok2 gred premium yg harganya cecah ribu. Dah la cecah ribu wajib pulak ambik pakej dgn beberapa bale lain. Dah ambik pakej, laju pulak aihh stok2 premium ni sold out. Lambat sikit mmg takkan sempat dah nak grab. Sekarang ramai seller yg jual secara online. Meriah gila dunia bundle budak skrg. Seronok tengok mereka2 ni saling tolong-menolong share album jualan masing2. Semoga suasana positif macam ni terus kekal lah hendaknya. Mana tahu satu hari aku pun akan join diorang jual secara online pulak.

Plan next year, nak hire staff untuk handle jualan secara online dan aku focus pada butik offline je. Buat masa sekarang takut tak berapa mampu lagi. Kalau nak kembangkan bisnes nak taknak aku kena buat secara online jugak sbb dah ramai kawan2, rakan2 FB yg jauh mintak nak beli. Cuma aku je yang tolak sebab memang tak sempat nak snap satu persatu gambar-gambar baju dan update each gmbr2 tu..

Actually, ada sebab kenapa aku update post malam ni dan mungkin akan lebih kerap la post yang berkaitan dengan bisnes bundle aku ni. Tadi saja2 google dengan keyword “bundle baby kota bharu”. So keluar la beberapa keeping image yang aku pernah upload dlm post2 yang sebelum ni. 1st page tu. Not bad. So, aku terfikir why not aku update lagi kan kat blog. Sebab dalam banyak2 update kat FB, instagram, twitter tu, dia keluar yg aku upload kat blog ni. Kenapa penting sangat 1st page google ranking ni? Ehh penting la awak, sebab nanti kalau ada yg google kat mana butik bundle baby kat kota bharu mesti dpt jumpa kedai aku kan. Oh yer, selain dari kat sini, aku pun ada letak video kat you tube channel aku jugak. Mcm2 cara dan usaha tau nak naikkan satu2 bisnes dan bisnes aku ni dah masuk tahun kedua so aku kena lebih agresif la. Modal pun dah makin keras, so marketing pun kena makin padu lah kan. Biar selari.

Aku ni sebenarnya susah nak mula je menaip, klu dh mula menaip, ehh susah pulak nak stop..haha. tapi mmg kena wording cukup google list kan blog kita kat page2 depan google. Gambar dan video saja tak cukup. Jadi nak taknak, kena berkata-kata jugak lah..huhu..apa lagi ni aku merepek..hmmm cukup dah kot wording ni. Ok la next time aku share lagi apa yg berkaitan dgn bisnes bundle baby and kids aku ni atau anything yang berkaitan bundle.


 




Pelaris aku yg sentiasa menemani dan membuatkan aku sentiasa kecut perot wehhh..mahu tak kecut, buka je pintu depan betul2 dekat dgn jalan besar yang kereta laju2.. Dia pulak takde delay satu saat pun terus meluru ke jalan atau pun ke belakang rumah iaitu sungai..hmmm



Kalau ada abg dia lg la havoc. yang abg pun xbrp nak boleh harap lagi. dia lebih lagi buat perangai. huhu



Jackpot ke apa benda ni wehh.. LEVIS ori ni material from USA.. Size teenager tp setambun size aku. aku kan petit size. so aku grab semua ni utk aku...hehe....





Dua gmbr kat ats tu mintak abg aqeem snap.. yelah asyik gmbr selfie sndiri je. huhu
dan ini lah dia BUTIK BUNDLE DIY sbb penuh dgn hasil2 DIY kat dlm butik tu hasil tgn aku sendiri. kepuasan yang luarbiasa bila org selalu puji cantik. dari zero tau. panjang nak cerita..tapi ckup lah aku yg tahu pedih luka yg aku hadap nk siapkn kerja DIY tu..hehe



Yess I'm a boss.. but also kuli lah wei..thn depan kita upgrade biar jd betul2 boss.. who knows kan?? hehe

ok kat bawah ni compilation video utk butik aku..layannnn dehh

klu sudi boleh LIKE page FB aku 

You Might Also Like

0 comments


Help

About
Contact
Business Updates

Contact me


Like us on Facebook