Tips mengecat kayu untuk elakkan mudah lekat habuk atau berkulat

Monday, November 05, 2018

Hai selamat mlm. Sambil2 duk godek post2 silam sebentar tadi tercetus idea aku nak share tip mengecat ni. Bg yg follow cerita2 aku dh sedia maklumkan aku mmg kaki DIY. Jadi mengecat ni sebahagian kecik je la kerja DIY aku. Ni kira aktiviti sambil2 layan wasap la org kata..haha.. 
Ok sepanjang pengalaman aku mengecat ni kan both cat kayu ataupun batu, aku ada buat personal observation and experiment pasal jenis2 cat dan kelebihan masing2.

So, mlm ni aku nak share cara terbaik mengecat kayu untuk elakkan mudah melekat habuk ataupun berkulat. Kalau korang perasan dinding kayu ataupun peralatan kayu yg dicat menggunakan cat khas untuk kayu tu lebih mudah berkulat atau habuk melekat. Susah pulak tu nak tanggal. Kalau klorok tanggal dgn color pulak. Hmm lagi2 mcm rumah aku ni tepi jln bnyk kenderaan lalu lalang lg lah cepat buruk nmpk kesan pd kayu yg baru je dicat tu. Mmg menyakitkan hati kan. 

Satu hari aku terfikir, dah kenapa cat dinding simen tu elok je. Kalau berhabuk pun just guna blower atau sapu2 je terus hilang. Takyah nak lap gonyoh ngan berus bagai. Betul tak? Tapi dgn syarat cat simen tu kau pakai brand yg ok la mcm Nippon paint satin glow yg boleh dicuci and anti fungus. Klu tak mnyakitkan hati jugak berkulat dan pecah2 especially klu kat dinding luar toilet. 


ni aktiviti cat bhagian dlm butik bundle

Then tercetus lah idea dr kuasa imaginasi luar kotak aku maka aku pun TRY & ERROR (mcm biasa) guna cat simen yg kualiti terbaik tu cat pintu kayu sliding 4 daun dlm rumah aku. Wow, so far kesan dia mmg superb. Xde lagi nampak berkulat and lekat habuk yg susah nk tanggal. Finishing pn ok je and aku lg suka sbb nmpk matte effect. Since Nippon paint satin glo ni ada gloss effect jd xnmpk beza sgt pn dgn cat kilat utk kayu yg biasa tu. Dan yg paling best kau boleh buat kerja mengecat tu tanpa perlu fikir comot sana sini sbb cat simen kan boleh cuci ngan air je. 

White satin glo ni wajib ada dlm rumah..ada je benda nk kna touch up..

Baru2 ni aku ada TRY & ERROR guna cat MCI sbb salesman kat hardware tu promote ckp kualiti standing Nippon. Tapi harga jauh lebih murah. So, aku try lah. Ermm, review aku pasal cat tu, ok kot klu untung dinding simen tapi tak sesuai utk kayu sbb kurang gloss effect. Code color boleh pilih sama sebijik dgn color Nippon. 


Ok, lepas ni aku dh boleh tukar semua furniture yg aku cat warna putih tu kpd cat jenis simen ni pulak. Tak kuasa aihh asyik nak kna lap je memanjang. Aku ni mmg jenis tak boleh repeat buat menda sama berulang2. Aku akan berhenti seketika lalu pikirkan jln/system utk permudahkan kerja aku..aku mungkin kaki pikir..klu nmpk aku termenung diam membisu seribu bahasa tu bmakna aku tgh berpikir seratus juta hal..ehhh hehe

Ok selamat mencuba yer. Lepas2 ni aku nak share pulak, cara jimat and cat apa yg sesuai dan bagaimana nak cat lantai simen.  

klu mls nk ke hardware korang boleh shopping cat tu kat shopee harga lbih kurang kat kedai je..tunggu abg pos hantar depan pintu..

You Might Also Like

0 comments


Help

About
Contact
Business Updates

Contact me


Like us on Facebook