Jelawang Jungle Kem Baha Back to nature Family activity 2018

Saturday, October 27, 2018

Hai..selamat berhujung minggu uols, last week aku ada bawak anak-anak masuk hutan. Tapi kali ni kakak ipar and family join sekali. Jadi abg aqeem ada kawan la nak trekking and mandi manda kat waterfall.  Aku sengaja packing bag dia letak semua brg dia dlm tu. Selain dari meringankan beban beg aku boleh train dia kuat galas beg sndiri time trekking. Klu body saja confirm laju tak mengah. Ingatkan penat rupanya tak, laju semacam je. Dia selalau nk yang no satu. Bab ni pandai pulak nak no 1 sampai, yang belajar pulak langsung tak kisah duk kelas last and no berapa. Cehh… 


kami gerak 18hb hari khamis. Aku, husband, abg aqeem, adik rayyan, kak ipar Lizawati , Abg shahrul, Danish dan Iera (kwn gunung). Kami pick up Iera kat tempat biasa parking HUSM. Kali ni Gee member sorang lagi tak join. Iera je join. Ni actually kali ke3 abg aqeem ke sana dan kali kedua rayyan. Mama ngan ayah tak ingat dah brp kali..huhu.. 

kami lewat sikit bertolak dalam jam 9pagi sebabnya rumah aku tak ada elektrik sejak dari jam 5pagi. Mmg spoil habis la. Dah berkali-kali call TNB xdtg2. Kami terpaksa la tunggu. Dh pagi cerah tu br nak dtg. So, lepas dh siap2 kami pun gerak la ke jelawang, Dabong.

Tempat jatuh lg kan dikenang inikan pula tempat berhoneymoon..ehhh hehehe
Mungkin ini akan jadi acara tahunan kami sekeluarga. Bawak anak-anak masuk hutan jauh dari dunia gadget. Menghayati indahnya alam dan belajar sedikit kepayahan serta erti kesabaran. Alhamdulillah tepat pilihan aku pilih husband yang ni..huhu..thanks kat arwah mak sbb sungguh2 suruh aku kahwin. Masih aku ingat, dia ckp “kahwin la, awk kan suka panjat gunung”.. Alhamdulillah asyik duk repeat gunung sama je every year ok lah dari langsung tak..haha

Kami sampai di stong hill resort dalam kul 12tghari. Kami tunggu guide yang akan bawak kami ke kem baha. Actually guide ni kawan kami jugak. Guide kami mcm biasa Odie la. Odie ni anak arwah uncle baha yang buka kem baha dlu. So, hutan jelawang ni rasanya dah sebati dlm jiwa dia barangkali. Kalau yang lepas, Odie yang bwk beg husband and husband dukung Rayyan dgn kaedah baby wrap diy aku..and galas beg yg xla berat sgt. Tapi kali ni Odie nak bwk si Rayyan pulak. Nampak Odie selesa ngan Rayyan tu and Rayyan pn bukan main behave ats dukung uncle Odie.. so, kami pun mula melangkah. Kali ni aku dah tak ksiah klu terpisah on trek dgn Rayyan sbb Rayyan dah tak breastfeeding kan. Lagipun Rayyan lebih selamat dengan Odie yang sgt2 berpengalaman. So, aku layan penat aku je lah..penat la jugak sbb mana ada training and dah lama la tak buat physical avtivity. Tapi ok je takde lah pancit sgt maybe dalam aku tak sedar aku buat keje kat rumah tu pn dah guna banyak physical activity. Maybe la. 

Orait, dalam sejam setengah kami tiba di kem baha yang berketinggian 450 meter. Kalau yang belum tahu, kem baha ni adalah transit untuk ke gunung-gunung di trans jelawang. Gunung paling famous gunung stong dan gunung ayam. Hah, yang tu la klu yang aku biasa beberapa kali pergi. Yang lain belum berkesempatan. 

Sebenarnya untuk kami family and anak-anak kecik ni dah cukup untuk ke kem baha ni. Dah cukup adventure bagi mereka. Kat kem baha tu pun dah cukup-cukup menarik tau. Ada view point boleh santai2 tgok bintang mlm2 and pagi boleh tgok sunrise. Klu nasib baik dpt lah tgok sunrise cun gila. Klu tak jd la mcm hr yang kami pergi tu. Berkabus je..xde view..huhu..air terjun pun cun. Klu rajin boleh naik ke telaga 7.. tp mls la leceh ngan anak-anak. Dlu dh biasa gi kan so lebih baik ber me time dlm khemah kat kem site ngan rayyan..bila lagi nak dpt relaks2 mcm tu. Klu kat rumah x pernah habis keje. Abg aqeem ngan cousin dia Danish, sampai2 je dh siap pasang khemah terus terjun main waterfall. Suka la dia ada geng. 1st day kitorang mkn makanan yg dh siap2 bwk bekal so x perlu masak. 

Alhamdulillah kali ni Rayyan tak meraung waktu maghrib. Xde yg ganggu dia..huhu.. cuaca pn ok mlm tu x hujan. So, kami santai2 mkn Maggie je. Mkn Maggie dlm hutan tu best kau tahu tak..haha..
Kami tdur awal x lepak lama.. eh bukan zaman single dlu boleh la sembang bawah fly lama2 main teka teki main card bagai. Oh yer, kali ni husband Berjaya kawal nafsu game dia sbb aku dah warning siap2.. no gadget no game..ehh hp boleh on just utk amik gmbr ok..hehe..smpi abg aqeem nmpk mama pegang phone dia marah dia ckp kata xleh main phone..ehhh…

Wlupun 2hr satu malam aku rasa dh ckup2 berkualiti masa yg kami luangkan utk anak-anak. Hutan is the best. Actually abg aqeem yang nak sgt gi sana. Nampak dia frust sbb pd mulanya husband ckp xjadi pergi. Kesian dia. Frust gila. Sbb aku tahu dia terlalu minat aktiviti masuk hutan mcm tu. Dia mungkin akn jd hikers jugak bila besar nanti..huhu

Hr kedua kami mcm biasa lepak kat view point yng berkabus. Sempat jugak la FB live updates dan bergmbr kenangan. Wlupun line x brp nk laju. Lepastu aktiviti mandi manda pulak. After lunch kami gerak turun. Mcm biasa abg aqeem blum pro lg klu time turun. Dia gayat kot. Nk sampai dia dh ok br boleh bwk ke gunung betul2. Tp adik rayyan kna tinggal la klu trip gunung. Ohh x sampai hati mama..hmmm

Ok lah, situ je lah jln cerita kami. Aku pn dh tak tahu nak cerita mcm mana lagi. Tapi gagahkan juga menulis entry sbb nak simpan sebagai kenangan. Senang nak throwback nanti bila anak-anak dah besar. 

Gmbr kenangan kali ni





















You Might Also Like

0 comments


Help

About
Contact
Business Updates

Contact me


Like us on Facebook