Cara berkesan menghalau tikus tanpa racun tikus

Saturday, October 20, 2018



Hai selamat petang semua.. Hari ni aku nak share cara nak halau tikus yg merosakkan tu dari main2 dlm rumah kita. Mesti korang dh guna macam2 cara kan cuba untuk halau tikus ni. Aku pun sama. Macam-macam cara dah aku buat semua tak menjadi. Sakit hati, risau marah xyah cakap la. Nak cakap lebih2 kan menda ni tak boleh..pesan arwah mak, klu kita kata kat dia, nanti dia dgr dia lg buat kacau habis brg2 kita syg. So, sabor je lah. 

Satu hari aku pun terbaca lah satu tips ni. Tapi tak buat pun sbb xde brg tu. Malas la nak beli semata-mata nak try guna petua tu. Tapi last week kebetulan aku ada dua tiga botol so terbaca la labelnya. “PEPPERMINT” hmm lalu terlintas pasal petua yg aku terbaca tu. Pastu aku pun buka la penutup botol pewangi kereta peppermint tu, tapi mcm xnaik bau pun. Mungkin bila duk dlm kereta je berbau. So, aku buka penutup aku titiskan je kat area yg selalu cik siti tu lepak and lalu lalang. Guess what??? Mlm pertama mlm kedua langsung takde kesan kehadiran diorang tau.

Bersih clear je kawasan yg biasanya diorang tinggalkan bhn buangan tu. Macam tak percaya jugak sbnarnya. Betul ke ni. Tp not bad la, pewangi kereta ni takde lah mahal sgt. Nak lg murah husband ckp tanam je lah pokok peppermint tu..emmm mcm leceh pulakkn. Beli je la and bukan pakai bnyk pun. Tp ok la bau peppermint tu pn not bad. Boleh hilangkan pening2 kepala sekali..huhu

Btw, aku masih lg tgh buat eksperimen. So far, mmg menjadi petua guna peppermint. Serius rasa hilang satu beban besar atas kepala aku ni. Dah lah sekarang sgt2 busy. Dengan kerenah anak2 yg tgh membesar ni. Dengan 3 perniagaan yg aku tgh buat skrg lagi. Serius menda ni mmg beban sgt pada aku sbb aku terlalu pentingkan kebersihan. 

Ok xyah cerita panjang, sapa yg belum cuba petua ni, jom la sama2 buat eksperimen. Kita tgok sejauh mana berkesan petua nip d korang. 

You Might Also Like

0 comments


Help

About
Contact
Business Updates

Contact me


Like us on Facebook