Kisah disebalik Business Baby and kids bundle

Saturday, October 27, 2018


Hai, aku nak belanja video bundle business aku ni ha. Alhamdulillah mmg trend skrg org duk jual baju bundle gred premium and A material dari US/Aussie ni tau. Tapi mostly diorang jual online. mmg bersepah lah klu korang search kat online. Jadi ceritanya aku yg pada mulanya pun ingat nak buat online. setelah melalui suka duka online last2 aku tekad nak jual secara offline je. Mana taknya aku nak kena amik gambar setiap helai. Beratus wei. Aku pulak jenis tak boleh buat keje yg duk ulang menda sama.. Rasa macam nak muntah and tension gila. last2 aku tekad just jual offline kat butik DIY aku ni. Kalau aku buat online mmg aku takkan ada masa nak buat lagi 2 bisnes aku tu. 

Alhamdulillah, setakat ni dah makin bertambah customer aku. Bukan setakat sekitar kota bharu tapi sampai ke daerah2 lain jugak. Ada jugak customer yang mmg setia. Jauh dari Terengganu pn sanggup dtg semata-mata nak shopping dengan aku. Tak dinafikan ramai customer cakap best dan selesa shopping dekat butik aku. Bawak anak-anak pun boleh. ye lah, aku pun ada anak. hmm Rayyan la sapa lg. Rayyan ni aktif luar dr biasa skit. disebabkan butik aku ni betul2 ditepi jln besar yang kereta mmg laju2 so, aku mmg kena buat protection lebih la utk Rayyan. Kalau tak mmg xdpt la nak buat keje padan duk kejar dia je. 

Cuma untungnya butik aku ni actually sebahagian dari rumah aku yang aku renovate. Mmg aku sengaja taknak sewa kedai lain sbb kebetulan rumah aku dah mmg tepi jln utama. klu sewa kedai susah jugak. mcm dlu nak kena ulang alik dr rumah ke kedai. lepas tu nak kena balik amik anak sekolah jauh jugak. mcm x best sbb aku lebih suka duk rumah. mcm2 kerja boleh buat. so, terjadi lah renovation tu. Mmg aku tahu risiko mula2 sbb rumah aku ni bahagian selekoh dan kereta mmg laju2. orang tak perasan walaupun bnyk kereta lalu lalang. Jadi aku dh lali dengan jawapan yang sama hampir setiap customer yang dtg. katanya dh lama dh nak dtg asyik terlepas and takut nak stop sbb kereta laju2. Tapi sekarang alhamdulillah dah ramai yg tahu. Sekarang org dh x kisah sgt lokasi strategik ke tak. Org nak, org cari..betul tak? kan sekarang zaman IT. boleh buat marketing on9. Ramai je yg tahu butik ni dr online and diorang mntk share location. confirm dpt jumpa. 

Tapi aku pndng serius pasal VISIBILITY butik aku ni. Aku tahu menda mcm tu xleh diabaikan. kalau aku improve mungkin aku akan dpt lebih ramai customer yg nampak kewujudan butik ni. so, very soon kitorang plan nak letak pine pallet sebagai pagar gantikan pokok pagar yg sedia ada. pokok2 pagar tu dh boleh ditebang sbb menghalang pandangan. Tapi klu pagar pine ni mungkin akan lebih menyerlah kan butik kami. so dari jauh org dh nampak. 

oklah, tu je aku nak share. Bisness bundle baby and kids ni tetap dihati walaupun aku dan design berpisah tiada. dan yang paling2 penting bisnes baru kami "Scents by PAWONA" aku tahu aku kena fokus semua buat sementara waktu smpi dh stabil baru boleh nk hire staf ke apa. Skrg belum ready lagi. ok tu je coretan dr aku peniaga bundle budak 

You Might Also Like

0 comments


Help

About
Contact
Business Updates

Contact me


Like us on Facebook