Jelawang base camp dengan anak-anak

November 06, 2017

Semoga ini menjadi kenangan cinta, kasih dan syg kita selamanya..mama dedikasikan blog ini untuk anak-anak mama @ Baha's Base Camp (270 Meter) Jelawang, Dabong Kelantan Mei 2017

Alhamdulillah, akhirnya aku ada kekuatan untuk decide domain name ni.. so, ni 1st post utk www.jassminerosse.com tp cerita terpaksa lah aku throwback sbb terlalu bnyk cerita lepas yg berakhir mcm tu je tanpa sempat diabdikan dlm blog. rugi pulak rasanya sekadar share kat insta n fb.. nanti bila Rayyan & Aqeem besar boleh jgk dia baca kisah2 kami sekeluarga yg mama paparkan kat sini..


kami bertolakseawal pagi dari Kota Bharu..Kawan2 dari KL dah sampai lebih awal dari kami. Sampai tu terus siap2 packing beg and pakaikan baby wrap kat husband.. mujur Rayyan xde hal, nampak ok je dia. Ayah pun selesa dgn wrap mcm tu. so, kami slow2 bergerak menaiki anak-anak tangga. oh yer, mmg kali ni aku agak gagah la jugak. lebih dua tahun tak mendaki, dulu2 pun lepas kahwin mana aku pikul beg, semua husband yg bwk..haha..but kali ni aku kena paksa rela wehhh galas beg sbb bwk budak berdua tu, beg husband dah tak muat. aku pulak baru je jual beg deuter aku, kononnya tak pakai dah. sekali kena guna jugak. mujur ada back up karrimor yg beli kat UK dlu sekali ngan Jaguar Karrimor yg husband guna tu. so, menggalas lah aku. nervous jugak pada mulanya, gila tak dgn xde preparation apa semua. tup tup aku macam tak penat sgt pun, tak lelah sgt la..pelik jugak..agak2 kenapa ek. ke sebab hari2 aku duk berkebun , bertukang and mengemas yg tak pernah habis2 n tak lupa selalu pikul Rayyan kesana kemari..haha

Aqeem dh advance, siap galas beg sendiri dgn penuh mainan dlm beg. mama tak sempat check apa dia bawak.. patutlah asyik mengeluh penat je, rupanya mainan berat ntah apa2 je dia bawak. berpeluh-peluh ayah berpelukan dengan Rayyan yg chubby tu.. minum peluh ayah lah adik rayyan..haha.. mama? mama tak tunggu diorang, mama jln sendiri. ntah dari mana dtgnya stamina padahal dah lama kot mama tak pnjt gunung since pregnantkan Rayyan. so, mama pecut tinggalkan mereka anak beranak. dulu diorang tinggal mama..huhu.. terasa ME TIME sgt time tu..teringat iols zaman gilang gemilang remaja dlu2..hehe..

Ada beberapa kali jugak kena stop tunggu husband sbb baby dengan dia. risau Rayyan nak menyusu je. Tengok2 Rayyan syok je tidur dalam kain wrap tu. selesa sgt kot bermandikan peluh ayah dia..huhu..



btw, tq ayah sbb sudi bawakan mama dan anak-anak. rindu gila kot nak tidur dalam hutan, lepak bawah fly dan makan dalam messtin. fuhh.. tak lupa juga pada kawan-kawan gunung lain, especially membe gunung wajib kitorang, gee and eera dan kwn2 dr KL kawan kepada diorang berdua.

....................................................................

OK now, kita layan gmbr2 dulu sblum teruskan cerita..amik mood dh lama tak mengarang cerita ni..ni pn duk dlm draft x tahu brp lama..hihi







kami sampai di base camp dlm tengahari, serius lupa jam berapa. kali ni kami bwk khemah je.. ye lah, ada anak2 ni tak sesuai la nk buat mcm zaman single dlu tidur bawah fly gitu kan. Rayyan pulak jenis tak reti duk diam. apa lagi kena kurung je lah dia dalam khemah tu.  mujur abg dia bwk banyak mainan. dapat lah Rayyan main skali. abg dia?? hantu air..berendam je lah keje dia dgn ayah and kakak2 abg2..mama pulak mereput ngan adik kat tapak khemah..haha 

kami disana 3 hari dua mlm..mmg puas la melepak santai sambil layan sunrise waktu pagi dan bintang waktu mlm.. banyak betul kenangan aku kat tempat ni, tempat 1st aku mula2 mendaki gunung lebih 10 tahun yang lalu. aku and husband pun honeymoon berdua kat sini.

kali ni kami bawak anak2 pulak. abg aqeem dah pernah dtg sini masa umur dia 3 tahun. adik lg advance, tak sampai setahun dh bawak tidur dlm hutan. adik lain sikit, dia macam lasak sikit. alhamdulillah tak ada apa musibah atau gangguan sepanjang camping kami kali ni. semuanya smooth je.




....................................

Kisah Cinta MAMA AYAH

Utk anak2 mama yg mungkin akan terbaca post ni satu hari nanti, mama nak korang tahu, kat sini lah tempat mama ayah dating and honeymoon..mama ngan ayah kn jumpa kat hutan..maka disana jugaklah tempat untuk kami jejak kasih yg "pudar" maklumlah dh hmpir 10thn bersama, tergigit lidah berkali-kali, tersadung, terkasar, terkurang sana sini dan belum campur lagi gangguan luar kan..so, disini lah "hutan & gunung" tempat mama dan ayah kenangkan balik cinta yang pernah bersemi..gituuuu..jiwang pulak aihhh....muntah hijau kan anak2 mama baca..hahaha





OK tu je catatan ringkas dari aku yg baru nk merajinkan diri menulis blog..maklumlah sekarang kan aku usahawan bundle & freelance graphic designer yg acah2 busy gitu..hehehe...




You Might Also Like

0 comments

Ladies & Kids Bundle

Freelance Graphic Designer

Popular Posts