Responsive VS Non responsive blog template

November 16, 2016



Assalamualaikum. Alhamdulillah seminggu dua ni rozi sibuk dengan kerja-kerja mendesign blog customer dan beberapa artwork lain. Seronok pulak keje mendesign macam ni sebabnya rozi tak perlu keluar rumah macam business online lain. Just duk goyang kaki je depan pc. Nampak senang kan. Tapi yang buat kerja-kerja design saja kot yang tahu kerja ni tak semudah tu. Tahu kenapa? Sebabnya kami perlu berfikir diluar kotak. Beyond our imagination. Kena bayangkan apa yg customer kita bayangkan. Tapi alhamdulillah buat masa ni customer xde lah yg terlalu cerewet. Tukar design sikit2 tu biasalah. Minor adjustment je pun. Okey, kali ni rozi nak cerita sikit pasal blog template.

Mungkin dah ramai yang tahu tapi rasa ramai juga yang belum faham especially yang baru belajar berblog kan. Takpe rozi terangkan dlm bahasa yang senang difahami.

Responsive

Layout akan berubah mengikut device (cth: hp, ipad). Bila kita buka blog kita dekat PC akan jadi full layout. Biasanya sidebar akan berada ditepi. Menu bar juga akan berada diatas. Tapi bila kita on other device sidebar akan turun kebawah. Lebar layout/column akan berubah mengikut saiz device. Maknanya kita tak perlu zoom in untuk baca content article. Menu akan bertukar kepada mode device view.

Kelebihan

Responsive template adalah lebih user friendly sebab tujuan utama readers/ blogwalkers masuk ke blog kita adalah untuk baca article. Sekarang pun dah tak ramai orang guna PC or laptop untuk online. Masing-masing guna hp je kan. Screen hp kan kecik so, klu full layout sama mcm view kat PC, kita kena zoom baru boleh baca content dengan jelas. Lagi-lagi lah yang jenis tulisan tak clear tu kan.

Tapi mengikut pemerhatian rozi kn, masih ramai yang setia dengan template non-responsive termasuklah blog2 yang popular. Kenapa yer? Apa yang rozi cuba fahamkan kenapa mereka memilih non-responsive template mungkin kerana diorang nak nampak sama design bila view on any device. Sebab bila responsive ni kurang sikit effect design tu..sidebar turun bawah. Macam simple sangatkan.
Sekarang pun dah terlalu banyak free template utk yg jenis responsive. Blogger kena tahu sedikit sebanyak pasal ni cth macam bila rozi editkan blog customer. First, rozi akan tanya nak yang responsive ke non. Sebab nanti bila siap diorang akn pelik kenapa lain. Mana sidebarnya dan bla bla...

Cantik-cantik design responsive and sekarang pun banyak yang responsive template available for free download. Tapi jangan risau bagi yang nak tukar template responsive menjadi non-responsive, nanti rozi up satu entry yer. Tu bagi yang biasa dengan html code la. Bagi yang taknak pening-pening dengan html code tu, apa kata korang serahkan je pada rozi. Biar rozi mudahkan kerja anda.

Bagi rozi, tak kisah pun responsive or non-responsive asalkan blog kita SEO friendly. Apa pulak SEO friendly ni kan..hmm sorry, rozi pun masih tgh belajar lagi pasal SEO and i’ll try my best to provide SEO friendly template bila edit blog customer.

Bagi blogger baru, mungkin belum faham lagi pasal blog template ni yang mana sedikit sebanyak akan affect blog traffic. Ada yang nak edit cantik-cantik. Yer, rozi cuba minimise atau cuba sebaik mungkin ringankan blog dengan design yang minimal tapi masih lagi cantik dan menepati citarasa customer rozi.

*kalau berminat nak cantikkan blog yg sedia ada atau template baru sepenuhnya, boleh click menu Graphic Design I Edit Blog kat ats tu..




You Might Also Like

0 comments


Ladies & Kids Bundle

Freelance Graphic Designer

Popular Posts