Jom wanita-wanita kita woodworking/bertukang & DIY sama-sama (PART 1)

November 23, 2016

Assalamualaikum & hai kepada awk2 yg terbaca entri bertukang/diy rozi ni..rozi bkn pro tp rozi rajin mncuba..demi melayan minat diy..

Sekali lagi rozi nak throwback balik apa yang rozi tertinggal utk dikongsikan dengan peminat-peminat DIY. Sorry lah klu ada readers from oversea yg terbuka blog ni. Uols pandai2 lah translatekan blog ni. Sbb biasanya projek2 DIY ni klu rozi share kat instagram diorang yg ramai like. Org2 kita jrg skit berDIY kot. Especially woodworking. Perempuan mmg jrg buat. Rugi tau klu mengharapkn husband je yg buat semua tu. Mmg tak ar. Sbb husband kn always busy lg lah yg tak brp nak minat sgt tu. Dulu sebelum biasakan diri pegang power tools tu seram jugak. Takut2 jugak. Tp sekali dh terbiasa seronok gila. Best sgt2 tau. Rasa heaven je. Sbb segala idea yg bermain2 dlm kepala mampu direalisasikan mengikut citarasa sendiri. Tapi kita kena tahu from A to Z la how to start DIY especially woodworking sbb ianya akan melancarkan projek kayu kita. Tak best la klu kita nk bertukang tapi sibuk suruh husband gi hardware beli macam2. Maybe uols punya husband jenis melayan. Husband i jgn harap nk melayan.hukhuk..xpe, dia rela klu i mntak nak mkn nasik ayam sambil2 layan phone game pn leh siap masak. Haha

Ok, jom tgok apa yg kita perlukan to start woodworking/bertukang..

1.power tools

Bnyk jenis, size dan kegunaan power tools ni tp yg pasti ia akn memudahkn kerja-kerja kayu kita. Rozi just nak share pasal Jigsaw & Mesin Drill. Dua item ni yg paling bnyk rozi gunakn. utk jenis pemotong kayu/gergaji, Jigsaw very rocommended sbb jigsaw ni kecik molek sesuai dgn tgn kita yg comel ni kn..haha..jgn risau dh bnyk jenis kayu yg rozi gunakan boleh aja dipotong dgn jigsaw kecik ni tau. Skrg rozi pki brand skil je tp ingt klu ada rezeki design lebih nanti nk upgrade to bosch la..


Mesin Pemutar Skru ksyangan rozi..yg ni x pernah simpan kat stor..sentiasa ada kat tmpt yg senang dicapai..ada je nk guna..


Mesin drill sama mcm kat ats jugak ni cuma yg ni pki letrik..yg ats guna battery..yg ats tu cordless drill..tp yg ni boleh tebuk simen..bila nk drill simen ataupun kayu2 yg tebal rozi guna yg ini.


Ni lah cth jigsaw yg rozi maksudkn..ni gmbr pinjm dr google..lupa nk snap gmbr td..

sebahagian dari alat2 pertukangan..


2. kayu/ plywood, chipboard, formica & etc

Kayu: Utk projek biasa, rozi lebih suka pilih kayu jenis pine sebab kayu pine lebih mudah utk dipaku atau screw sbb kayu pine lembut  atau boleh juga pilih kayu sambung. Biasa kayu sambung ni uols boleh dapatkan kat hardware perabot. Hardware2 biasa mungkin tak jual. Kelebihan kayu sambung ni adalah kayu ni biasanya akan betul2 sama dan dh siap diketam cuma bila nk buat projek kerusi tu kena pakai bnyk sikit la klu buat base guna kayu ni sbb kayu sambung tak kuat sgt atau mungkin boleh patah dibahagian sambungan tu. Kayu jenis pine pulak, klu yg berada di area dekat dengan kilang, uols boleh usha2 la kayu2 ni kat merata2 atau boleh cuba dapatkan yg siap diproses di kilang2 kayu pine Cuma harganya agak mahal skit la tp memudahkan kita yg wanita ni kn. Klu husband join skali baik uols pergi cari pallet terpakai je. Leraikn guna kuku kambing then, hantar kilang papan utk ketam. Upah la skit tp hasilnya sgt ohsem tau. Klu uols ada $$$ lebih beli je la mesin ketam sndiri. Senang cerita.

Kayu solid. Ohh yang ni rozi sendiri jarang guna sebabnya kayu ni keras gila. Nak kena drill dlu kot baru boleh screw. Kadang-kadang tu screw pun boleh patah tau. Lagi satu kayu jenis ni berat nak handle. Dahlah rozi ni jenis buat semua benda sorang2 xde yg tolong pegangkn. Rozi biasa sandarkan pada dinding atau kerusi utk support.

Plywood
Plywood ada beberapa jenis. Ada yg multilayer plywood (multiply). Dlu harganya around RM 80 ++ dan yg jenis ni lebih kuat la. Rozi lebih suka guna plywood daripada chipboard dan mmg takpernah pun guna chipboard sbb chipboard tak tahan air. Nanti mudah kembang and rosak. Multi layer plywood atau plywood berlapis tu, biasa org guna buat pintu cabinet. Tp mmg agak berat nak handle. Biasa juga rozi order plywood yg tebal 12” klu x silap. Kira dh oklah ketebalan tu tak mudah membengkok.

Plywood putih nipis
Yg ni ada dua jenis, yg putih biasa dan yg jenis berkilat. Yg berkilat agak mahal drpd yg biasa. Kegunaannya utk cover bahagian2 dalam cabinet, laci dan sebagainya.

Formica
Dlu rozi belajar guna formica utk cover plywood. Formica harganya agak mahal jugak. Ada yg semurah RM 20++ plain white. Tapi formica ni klu yg harga RM80++ tu mmg worth jugak la. Cantik dan agak tahan lasak. Calar pisau pn tak nampak.  Sesuai sgt utk kitchen table top/counter top. Tapi nak pasangnya uols kena usha youtube kat bwh tu k. Dh lama rozi tak guna formica ni. Leceh jugak la kejenya. Klu tersilap mmg hancur terus projek tu sbb formica tu akn rosak. Jadi ikut betul2 step2 yg dlm video tu ajar ok.




3. Paint/cat
Yang ni part yg paling rozi suka sebenarnya. Cuma cat kayu ni menyakitkan hati sikit sbb rozi ni agak gopoh sikit jenis tak sabar2 nk siapkn mengecat. So, terpercik la sana sini cat kat tgn and baju..huhu. tapi jgn risua, thinner ada kan utk bersihkan balik kesan cat tu. Jenis cat yg biasa rozi guna ofcoz la nippon paint. Rozi lebih suka beli yg ready made dlm tin tu bukan color yg kena bancuh sbbnya pengalaman rozi yg bancuh tu harga nya lebih mahal dan agak cair. Tapi klu nk color2 pelik kena juga amik yg bancuh.


 ni pn pnjm dr mr.google.. warna feveret rozi ofcoz la baby blue & white..color wajib ada dlm stor..


4. Gam kayu



Gam ni biasa digunakan untuk tampal kayu sebelum discrew so mudah nk handle dan lg kemas hasilnya. Tapi biasa rozi skip je part gam ni.



Gam ni pulak utk tampal formica. Kuat tau gam ni. Klu silap mmg xdpt la nk tanggal blik formica tu. Rosak n patah2 terus formica tu. Klu comot2 tu xpe boleh bersihkan guna thinner.

5. Skru or paku
Paku bnyk jenis. Klu nk cantik hasilnya guna paku yg xde kepala tu. So, xnmpk ketara sgt part yg dipaku tu.  Tapi rozi lebih suka guna screw utk setiap projek diy yg rozi buat. Sebab senang nk tanggalkn balik. Dan xyah risau terketuk tgn sendiri..huhu.. oh yer, kalau xnk nmpk kesan paku ataupun screw atau nk cover lubang2 bekas paku especially yg guna kayu pallet tu kn, uols boleh guna wax stick..ada mcm2 color..cari yg sama color dengan kayu yg uols nak mekap tu..





6. Banyk lg nk share..penat pulak jari rozi ni nk taip everything in a single post..apa kata uols follow blog rozi, nanti rozi update lg dan lagi dan lagi..btw, dh lama rozi x gi shopping kat hardware uncle chinese feveret rozi..sibuk bergarden la skrg..huhu



You Might Also Like

0 comments

Ladies & Kids Bundle

Freelance Graphic Designer

Popular Posts