DIY sofa bed menggunakan bahan terpakai

November 26, 2016

Asslamualaikum w.b.t

Hari ni rozi nak share projek DIY & recycle yg pernah rozi buat. Tapi ni projek lama sgt tau.. ni zaman baru2 pandai guna power tools. Guna jigsaw & mesin pemutar skru bosch kesayangan rozi tu. Kalau korang nak tahu, rumah yang rozi duduk ni rumah tinggalan nenek husband. So, ada lah beberapa barang lama yang rozi kekalkan dan rozi cuba ubah konsep lama kepada yg lebih modern tapi rozi memang minat interior yang ala-ala vintage and rustic. 


Rozi recycle kerusi kayu lama dari dua biji digabungkan menjadi 2 seater sofa bed. Since kerusi lebih kecik, rozi tambah kayu sikit kat depan so, lebih besar kedepan. Foam kat ats tu pulak rozi guna baby mattress yg juga rozi beli kat kedai terpakai singapore. Kerusi ni pada mulanya rozi dh hampir nak buang. Dah terbiar kat luar rumah dalam tempoh yang lama. Eihh bila idea diy dtg rozi angkut balik bawak masuk rumah dan mulakan kerja-kerja diy. Untuk pengetahuan semua, semua projek diy yang rozi buat 100% hasil kerja tgn rozi tau xde kena mengena dengan mr.ayah okay..

Mostly kain2 tu rozi beli kat bundle je, jadi tak sayang la nk tukar2 kan. Nak potong-potong pun tak sayang sebab harga nya tak lah mahal. Tapi sangat-sangat berkualiti dan cantik. Biasa rozi pilih yang jenis cotton. Ketiga-tiga bantal belakang pun rozi buat sendiri. Sarungnya rozi jahit gunakan potongan kain used comforter.  Pendek kata semua adlh brg2 recycle. Cuma dua ketul bantal kat depan tu je yg abg ipar belikn masa dtg beraya hr tu. Yg lain semua used. Oh yer, kerusi tu asalnya kayu berwarna coklat tapi rozi cat warna putih.


3 seater sofa bed..yang ini asalnya dh kerusi kayu pnjg..just tmbh sikit kayu kat depan dan tmbh 3 kaki..rozi kena buat kasi betul2 kukuh nanti runtuh..hancuss..hihi



Yang ini basenye mr.ayah buat..plan asalnye dia nk buat menda lain..tp x jadi..so, rozi modified balik..potong biar pendek sikit, tmbh kaki utk bg lg kukuh dan letakkan foam kat ats tu..maka jadilh tempat duduk yg amat2 selesa..huhu

biasa rozi akan buat semua kerja-kerja ni masa mr.ayah kat tempat kerja. Sebelum kul 5ptg rozi akn pastikn tiada sedikit kesan pun yg tinggal. Kemas seperti sebelumnya. Mr.ayah dah tahu sgt perangai wife dia. Balik2 je keje dia akn check what is new in our house..hehe..aqeem pn dh sporting sgt ng mama dia..selalu lh dia teman mama buat projek. Tukang kritik no.1 mama. 

Ok sambung pasal projek diy sofa bed..



Ini ruang tamu kedua..just kerusi kayu belah kanan skali je bukan buat sndiri..tu pn beli kat kedai perabot terpakai..murah2 je.. yang kerusi color putih tu sama saja ngan jln cerita kerusi 1st kat ats tu..dari dua buah kerusi kayu lama..yg hujung belah kiri xde geng dh nk gabung, nk buang syg so, rozi just tukar bantal n kasi make up sikit2 je..meja tgh?? hah, yg tu pn modified dr meja lama..cover balik top dgn plain formica yg lebih2..dan rozi cat kayu tu wana baby blue..dua warna asas setiap projek rozi baby blue & white..

ok, itus aja perkongsian rozi utk kali ni..so, jgn membazir tau kalau kat rumah uols ada kerusi lama yg nmpk usang tu, jom buat mcm rozi buat kat ats tu..TOTAL COST rasanya tak lebih RM100++..
Slmt mencuba yer kaki2 DIY..

NEXT article "antara projek DIY baby yg pling berguna"

You Might Also Like

0 comments

Ladies & Kids Bundle

Freelance Graphic Designer

Popular Posts