Scholl Cracked Heel Repair Cream

April 16, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Hari ni pulak saya masih nak bercerita tentang kesihatan dan kecantikan..tapi kali ni kecantikan kaki.. kecantikan yang kita jarang titik beratkan.. mungkin uols ada yang sgt menjaga part ni. Tapi terus terang aku tak sempat nak teliti bab ni. Maklumlah sibuk mengemas dan dengan macam2 projek diy..mana sempat uols..haha itu hanyalah alasan. Bila en.hubby duk perli kaki aku kasar semacam..haishhh terasa pulak hati ni. Memang pregnant ni kulit aku agak kekeringan dan kadang2 sampai agak teruk..klu kat tgn tu ada satu ketika tu sampai luka.

Oleh kerana terasa rendah diri yang amat apabila diperli..aku pun gunalah dr.google utk mencari solution yg terbaik. Yg pasti aku nak result pantas okay..sebelum ni ada jugak aku pakai lotion biasa dan vaselin tapi mcm tak jalan je. Okay, setelah bersungguh men-google siang dan malam, akhirnya aku mengambil keputusan samada brand scholl ataupun alergy plus. Kedua-dua brand ni mempunyai rating tertinggi dengan testimonial yg ohsem sgt.

So, keesokan harinya aku terus ke watson untuk mendapatkan produk tersebut. Setelah duk belek2 aku pilihla alergy plus tu..harganya around RM 28 ++  aku tak brp ingt dh.. then, gi kat kaunter tanye cashier, ok tak brand ni..adik cashier tu suggest aku beli brand scholl yg ada kat ats meja kaunter sbb brand scholl ada promosi..dari RM 32 kpd RM 19..wow!! murahkan.. apa lagi aku terus tak jd amik alergy plus and terus grab scholl cracked heel tu..

Balik umah pada malamnya aku terus apply cream tu mengikut tatacara yg aku blaja dr blog2 di internet.. cara2 terbaik, pakai cream then pakai stokin so that, dapat kekalkn kelembapan dan kesan pemulihan yg maksimum. Aku apply dua kali siang dan malam..mlm lepas solat isya’ dan siang lpas siap seme keje umah. Siang tak brp lama sgt leh tahan sbb aku bnyk buat keje and basahkn kaki. So, lebih pada malam je.

Yess, seperti yg tertulis dikotak tu, result within 3 days. Dlm masa dua hari je pun aku dah nampak kesannya. Yg sgt2 kasar tu dah semakin nipis. Oh yer, lupa nak cakap, sebelum apply cream tu aku scrub dulu part yg kasar tu dengan batu apung. Oh, mungkin dgn cara tu proses pemulihan lebih cepat. Skrg hati dah lega tak perlu lagi rasa rendah diri dgn keadaan kaki yg kasar tu..tapi aku teruskn je apply cream tu even dh okay nanti sbb aku ni bnyk buat keje2 lasak..takut jadi lg.

Part tangan pulak, terutama jari jemari ni, aku just pakai vaselin petroleum gel tu je. Alhamdulillah dah okay..dah tak rasa lg kasar2 and luka tu..kalau aku angkat batu bata tu aku guna lah glove utk mengelakkn tgn ni kasar. Kadang2 aku ni geram je nk buat keje2 malas nk pakai protection glove ape semua sbb mcm leceh je kn. Tapi tak dah lepas ni sbb nak menjaga kecantikan diri katakan. Baru anak dua kan terlebih nampak tua pulak aku..haha

ok guys yg sedang usha produk2 utk repair masalah sama seperti aku boleh la mencuba produk ni..

You Might Also Like

0 comments


Ladies & Kids Bundle

Freelance Graphic Designer

Popular Posts