Throwback jelawang "baha's base camp" with my little aqeem

January 26, 2016

Assalamulaikum..

Nampaknya lebih banyak kisah-kisah throwback akan menyusul oleh kerana dh sekian lamanya tak meng-update blog..rugi rasanya kalau tak up kn entry wlupun throwback punya cerita..jadi aku amik kisah2 throwback yg menarik untuk dikongsikan dan sebagai kenang-kenangan utk diri aku sndiri..
bila bosan aku sendiri akn baca balik cerita2 lama yg banyak diantaranya aku lupa..

okey, throwback kali ni aku nk cerita pasal hiking trip pertama aqeem..mula-mula risau jugak nak bawak aqeem sbb apa yg aku tahu aqeem ni sgt lah cerewet. sluar baju selipar tak boleh sikit pn basah atau kotor..mesti nak tukar. taknak share makan dgn org kecuali dgn aku je. dan bnyk lah lg cerewetnya. tapi dia ckp dia nk ikut jugak mama & ayah. jadi aku dan mr.hubby try & error lah bwk kesayangan kami ni bersama..

destinasi pilihan kami kali ni mmg sesuai untuk kanak-kanak atau org dewasa yg baru nk menyesuaikan/menceburkan diri dgn aktiviti lasak mcm mendaki gunung.."Baha's Base camp"..

sedikit sebanyak pasal Jelawang Base Camp..

Terletak di Dabong, Kelantan, Baha's Base Camp ni adalah base camp untuk sesiapa yg ingin meneruskan pendakian ke beberapa puncak gunung di hutan Jelawang..antaranya yg paling popular, gunung stong dan gunung ayam..gunung-gunung lain mcm gunung noring, che akob & sbgainya agak hard core dibandingkan dua gunung popular tadi. 

Gunung ayam & stong juga lah antara gunung pertama aku dan mr.hubby jejaki..tp berlainan masa, dan ekspedisi la. kami belum kenal antara satu sama lain waktu tu. 

berbalik pada baha's camp ni..biasanya pendaki yg ingin ke gunung-gunung di hutan jelawang, mereka akan singgah ke sini dlu. pada keesokan pagi barulah mereka akan memulakan pendakian. 

di baha's camp ni pun dah cukup memenatkan pada yg baru-baru belajar mendaki. tempatnya mmg cantik. kat atas tu ada telaga puteri dan air terjun yg best untuk korang mandi-manda. tempat lepak untuk tgok sunrise pun awesome..


indahkan ciptaanNya..ni gambar sunrise beberapa tahun yg lepas..kebetulan mlm tu hujan lebat dan seperti kebiasaan sebelah paginya kami akan dihidangkan pemandangan matahari naik yg sgt cantik..

aku sebenarnya dah banyak kali ke sini. tmpt feveret aku dan mr.hubby. kami honeymoon pun kat sini..nak gi oversea tak mampu uols..haha

okey, kalau korang teringin nak tahu lebih lanjut lg pasal tempat ni boleh jenguk2 entry aku yg lepas..


or bnyk lg kisah pasal hutan


ok, sambung balik dgn trip pertama aqeem ke baha's cam.. dugaan aku meleset sama sekali sbb aqeem jadi sgt2 different dgn aqeem yg kami kenal. rupanya dia kurang lebih mcm mamanya..haha..cerewet kami berubah bila dihutan..ulat pn nampak mcm ranting kayu. kuat mental la konon..hahaha..

kebelakangan ni aqeem duk ajak kesini lagi..tp mama mmg bercuti dari mendaki sbbnya mama kn nk dpt baby lagi nanti..lagipun aku nk breast feed baby aku sampi 2 tahun mmg tinggal impian la nak mendaki dlm 2 tahun akan dtg..

okaylah..biar gambar pulak berbicara..


video aqeem 1st time hiking trip..




Time ni kitorang berkumpul kat HUSM..car park HUSM ni lah tmpt biasa kami berjumpa sblum memulakan perjalanan..lebihan kereta kami tinggalkan..penuh2 pn kereta je..



Bangun pg kita tgok sunrise dlu..tp time ni sunrise tak cun sgt..xde rezeki..next time ye sayang kita dtg lg..

bfast dlu sambil melayan kesejukan puncak base camp

tgok tu, mana pun dia pergi mesti kena bwk bekal kereta2 dia..nasib baik tak disumbatnya bnyk2 dlm beg mama..jenuh la mama nk menggalas

muka kepenatan..baru je smpi puncak ni..fly pun tak pasang lg..

at night..melayan bintang diangkasa..sampai tertidur aqeem..sejuk berangin..mengulit kenangan zaman bercinta & ber-haneymoon mama ngan ayah digunung..haha

sebelum melangkah pergi meninggalkan base camp kita amik gmbr kenang-kenangan dlu

Aqeem peserta cilik kali ni..tp dia punya laju kalahkn kakak2 tau..

posing berlatarbelakangkan puncak base camp..nanti aqeem dh besar skit, mama ayah bwk naik puncak stong, ayam & etc..ni kakak berdua kitorang hanya berjumpa dipergunungan..dekat2 bwh ni mmg xnmpk batang hidung..setahun tak jumpe bila join trip sama2 mcm adik beradik..that's normal pd budak2 gunung nih..
  
tak reti penat betul budak2 nih..turun base camp kami gerak ke cameron pulak..

ke puncak berinchang layan view & cuaca sejuk..layan je lah.. 

mujur lah aqeem tak merengek kepenatan..mmg ohsem jugak anak mama ni..

You Might Also Like

0 comments


Ladies & Kids Bundle

Freelance Graphic Designer

Popular Posts