Cabaran menanam ros kini bermula

January 24, 2016

Wahh cabaran tu..mcm payah sgt kn..smlm duk saja-saja aku google la pasal ros garden ni..tersangat lah menjadi inspirasi bila tgok garden otai-otai ros ni..kat oversea tak aci..sana campak je boleh hidup..tp time spring la..ni kat malaysia ok..actually keterujaan aku bermula dgn ros garden kakak aku..besar-besar uols ros dia..segar bugar..lalu dari situ terdetik la dijiwa nak jugak lah menanam ros ni..pandangan biasa pembeli bunga di nursery, tak yah la beli ros cameron ni..tak tahan lama..nanti taknak berbunga dah.. 

so, sebelum ni aku selalu jugak singgah nursery tu nk beli bunga-bunga lain tp mmg tidak sekali-kali la nk beli bunga ros..geram je uols tgok bunga ros ni punya la cun melecun..rasa nak beli je..tp tahan nafsu iols..hmm lpas mndengar sedikit sbnyk taklimat ros dr kakak aku dan sedikit bekalan baja yg aku beli dr dia, tanpa ragu-ragu aku terus gi shopping ros kat nursery yg skali aku singgah tu..tp mula2 sebagai experiment kata org aku hanya beli dua pasu. kalau yg tu menjadi baru aku teruskn yg lain2..

Aku dh lupa bila aku mula menanam..dlm sebulan kot. dari nasihat kakak lg, aku ke kedai peladang untuk beli coco peat (serbuk kelapa) untuk dijadikan medium mnggantikn tanah yg selalunya aku guna. kat nursery tu xde jual pulak coco peat ni.. tp tak puas hati sikit, first time beli dlu RM 6 je seguni skrg dh naik 4 ringgit kot..nk buat mcm mna seme benda naik..wateva lah, kita klu nk berhobi ni kena berkorban jugak kn..mana ada menda free dlm dunia ni. duit + usaha + tawakal = +result in shaa Allah.. 

hobi menanam bunga ni bukan calang-calang hobi tau bg diri aku ni..terasa sungguh feminine hobi aku kali ni..dh masuk angka 30 ni tiba-tiba tercetus hobi ni..adakah aku begitu tua..haha..semakin bnyk komitmen hidup ni, semakin lah bertambah stress dan kepenatan kn..jadi sebelum aku bertambah-tambah lg stress dan penat tu (bila bertambah lg cahaya mata br), baiklah aku menyediakn rawatannya dulu..bayangkan bila kita penat lelah seharian, kita dijamu pula dgn keindahan garden kita yg kembang mewangi, sikit sebanyak mampu melenyapkan resah dan lelah..

ok, back to cabaran menanam ros.. aku tahu ramai yg tak berani amik risiko dgn menanam ros. tp ros jepun ramai je yg tanam..aku pun tanam tp ros jepun walaupun mudah tp kembangnya tak lama. tak puas jadinya. dgn sedikit ilmu yg dibekalkan oleh kakak dan ilmu-ilmu yg aku cari sendiri menerusi media internet, aku cabar diri aku untuk konsisten dgn penanaman ros ni. tiada istilah tgn panas tgn sejuk apa semua. ada petua sebenarnya yg tersembunyi yg ramai tak tahu berkenaan teknik sebenar menanam ros ni. jadi koreklah rahsia2 tu. dimana ada kemahuan disitu ada  jalan.. dulu aku selalu diejek oleh mr.hubby sndiri "awk tanam apa pun mesti mati"..so, skrg dia senyap je lah..aku akan buktikan pd dia dan pd diri aku sndiri bila mana ada kesungguhan disitu pastinya ada kejayaan..in shaa Allah..

ok tak nak celoteh pnjg..ni antara koleksi ros yg aku syg..niat hati nk bina "Jasmine Rose Garden" dimana disitu bnyknya ros dan melur..melur pulak aku akn cerita dilain entry..k bye..layan gambr dlu..


ni ros cinta hati aku..experiment pertama..dh berbunga beberapa kali..masih bnyk lg kuntum yg menunggu utk mekar tu


Yg ni sama mcm dgn yg bawah tu..bercorak batik..nanti kembang aku update lg yer..tunggu masa je tu nk bloom.. 


sama seperti diatas..beli skali dgn yg first tp abaikn sementara yg ni sbb mula2 beli dlu mr.hubby ckp dia nk yg ni utk experiment dia..konon2 nk bandingkn mana yg berjaya "aku or dia"..last2 tak jd apa, so aku amik alih..


ni bunga jenis besar..soft pink (experiment kedua)


ni koleksi terkini..br je dptkn dr nursery..color purple..

Jgn tanya aku id pokok2 ni..aku belum sampai bab tu..perlan2 kayuh..santai2 je dlu..huhu..pasal baja yg aku guna next time aku story keh..actually nk je beli lg ros ni tp dkt nursery tu tak smpi stok baru..mls nk cari nursery lain sbb aku ni super busy jgak lh..mna laluan aku ke kedai je aku singgah..

Ok that's all..




You Might Also Like

0 comments


Ladies & Kids Bundle

Freelance Graphic Designer

Popular Posts