lima tahun sudah beraya tanpanya

August 06, 2013

lima tahun terus berlalu..namun hati masih rindu. ketiadaan dia sangat aku rasai. namun aku tabahkan hati tahan airmata dari terus mengalir akibat terlalu rindu. sejak kecil tidak pernah berkesempatan mengenali ayah, nenek dan atuk. mereka terlalu lama pergi. aku membesar sepenuhnya disamping mak. jadi dialah segalanya buatku. pernah satu ketika seawal aku mula memasuki sekolah, dia tanyakan padaku..apa perasaanku tiada berayah seperti kawan-kawan yang lain. lalu aku katakan "tiada rasa apa pun". kataku juga "maklah ayah dan maklah ibu buatku. tahun terus berlalu, aku sudahpun dewasa. remajaku berlalu laju sehingga tidak aku sedar waktu yang terbuang itu apakah pengisiannya.

Mencuba untuk kembali melewati sejarah bersamanya. riuh rendah dan segala bebelannya masih terngiang2 ditelingaku. masih aku bayangkan wajahnya yang tenang menunggu kepulangan anak2 di beranda rumah. pelukan dan belaian kasihnya menemani waktuku sampai hujung nyawa. tidak akan aku lupa. rindu tidak akan pernah berakhir walau jasadnya sudah tiada. kehangatan cinta dan kasihnya membawa kami anak-anak pulang. alhamdulillah, hajatnya kami bersatu berkumpul di rumah itu dapat kami tunaikan. cintanya yang menghangatkan rumah itu. memanggil2 kami pulang. 


(kenangan terakhir bersamanya..lebih kurang 40 hari sebelum pemergiaannya dan semoga pernikahan ini membahagiakan dia kerana ini yang dia inginkan..hadiah yg terakhir dariku buatnya)

dengarlah mak dari sana..
terima kasih kerana mendidik kami dengan penuh kasih sayang..
dengan ajaran agama yang lengkap..
dan kau sering mendorong kami untuk terus belajar dan belajar
sampai keperingkat tertinggi..
terima kasih kerana membesarkan kami dengan sabar..
kenakalan dan kepayahan kau tanggung sendiri..
doakanlah kebahagian dan kejayaan kami dari sana..

You Might Also Like

0 comments


Ladies & Kids Bundle

Freelance Graphic Designer

Popular Posts