3rd Anniversary

July 24, 2012


kini sudah 3 tahun aku bergelar isteri. walaupun kami tidak benar-benar tinggal bersama selama 3 tahun ni kami tetap bahagia dgn cara kami sendiri. perkahwinan jarak jauh antara aku dan dia sudahpun berakhir dan aku berdoa agar kami tidak terpisah lagi. luqman semakin membesar. aku nak dia menyayangi aku sepenuh hati. aku rela berkorban apa saja demi bersama luqman..ye benar, bukan mudah untuk menjadi seorang isteri namun lebih baik dari hidup bersendirian. tidak banyak aku pinta, agar perkahwinan ini kekal bahagia dan makin bahagia tahun demi tahun. kami tidak pernah menyambut ulang tahun perkahwinan kami. tidak mengapa, bagiku kami bukan kahwin setahun dua. kalau dipanjangkan usia sampai ke tua la kami bersama. jadi masih banyak peluang untuk kami raikan. selamat ulang tahun perkahwinan buat aku dan suami..

P. Ramlee & Saloma – Sedangkan Lidah Lagi Tergigit

Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar

Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf kanda wahai dinda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Suami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkat

Apa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi


You Might Also Like

0 comments

Ladies & Kids Bundle

Freelance Graphic Designer

Popular Posts