warkah buat sahabat

December 02, 2011

Telah banyak destinasi aku singgah disepanjang perjalanan ini. Memang aku akui aku tidak akan berada lama dimana-mana destinasipun. Aku akan pergi ke destinasi lainnya pula. Mencari keserasian barangkali atau aku seorang yang mudah beralih angin. Argh, aku tidak pedulipun destinasi mana aku singgah, yang pasti aku akan cuba menyesuaikan diri aku disitu. Tapi malangnya tidak banyak destinasi yang mampu menawan hati aku untuk tinggal lebih lama. Dalam keghairahan aku mencari-cari destinasi yang sesuai untukku, aku rasa yakin inilah destinasi yang terbaik untukku. Jujur aku katakan inilah destinasi yang paling aku kagumi disepanjang perjalanan hidupku. Dimana sebuah destinasi yang penuh kemesraan, keikhlasan persahabatan, keceriaan dan segala-galanya. Sememangnya dalam hidup ini tiada kesempurnaan tetapi cukuplah bila berasa diri sungguh bahagia.

Dear classmates,

Aku tak pernah menganggap diri aku lebih tua dari kalian kerana aku seboleh-bolehnya ingin menjadi sebahagian dari kalian. Terima kasih kerana sudi menerima aku sebagai classmate kalian. Dari hari pertama aku berada di kelas kalian aku dh rasa satu kelainan yang sememangnya sukar untuk aku gambarkan. Sesuatu yang sangat berbeza untuk pengetahuan kalian bila aku berada dimana-mana kelas lain. Entah kenapa jiwa aku begitu serasi bila bersama kalian sehinggakan terasa rugi untuk tidak join kalian beraktiviti. Walaupun perkenalan kita sangat singkat, aku tetap bersyukur diberikan ruang ini untuk bersama kalian. Terasa beruntung dapat mencipta kenangan bersama kalian. Semoga persahabatan ini kekal selamanya. Aku sebenarnya ada sebab tersendiri kenapa dan mengapa aku mengatakan kalian memang hebat. Aku tak pernah lagi rasa tertekan untuk ke kelas. sbb tu sem ni aku dh tak ponteng kelas..huhu (alasan semata..hehe) So, kpd Anne, Zana, Su, Redzuan, Pali, Wan, Zaza, Nazimah, Ika, Farah, Qila, Raimi, Hajar, Ummu, Fifah, Munzir, Irwan, Syazani, Farid, Zaki and Syuk..alhmdulillah dpt aku ingt seme nama classmate aku kali ni...Semoga kalian berjaya dengan cemerlang...

~ilustrasi memori bersama~
 











You Might Also Like

0 comments

Ladies & Kids Bundle

Freelance Graphic Designer

Popular Posts