kita tidak ditakdirkan bersama "faktor-faktor perceraian"

November 19, 2011

hai kawan-kawan..apa khabar? sehat? jangan lupa senyum yer hari ni..kerana senyum dapat menyembuhkan hati yang sakit..betul ke? huhu...hari ni aku nak berkongsi kisah rumah tangga dengan anda semua..oleh kerana dah ramai sangat kawan-kawan sebaya aku bernikah dan ramai juga yang dah ada anak. aku rasa boleh juga kalau aku buat entri yang bersangkut paut dengan tip2 rumah tangga ni kan. tapi bukan teman sebaya di kampus sekarang la..belajar ni yang kadang-kadang buat aku lupa status aku..huhu.."perasan muda uols"..haha...

yer, kita memang dijodohkan bersama. atas restu ilahi kau dan aku kini digandingkan sebagai suami isteri. usah kita bicarakan bagaimana hati kita disatukan. ada yang bercinta sudah lama dan sudah kenal hati budi, ada yang kenal sesingkat waktu (mcm aku ler) dan ada juga dijodohkan oleh keluarga.. semuanya tak penting. yang penting sekarang kita memang dijodohkan bersama. bagaimana kita mampu mempertahankan mahligai yang kita bina. untunglah pada yang memang mahligainya indah cukup segala yang diinginkan darisegi harta benda mahupun kasih sayang dan masa bersama. perlu diingat ada juga pasangan suami isteri yang mungkin belum mencapai tahap kehidupan yang sempurna seperti aku yang masih lagi belajar belum punya kerjaya dan tinggal berjauhan dari suami dan anak. hah ada juga dah ada segalanya, tidak pula dikurniakan cahaya mata. kehidupan berumahtangga ni penuh onak dan duri. lebih-lebih lagi pada zaman sekarang. banyak halangan-halangan dan cubaan yang bakal dihadapi. contohnya kalau dulu setahu aku tak ada banyak kes perceraian berlaku. tu pun berkahwin atas desakan keluarga. zaman sekarang bercinta bertahun-tahun berkahwin tak sampai setahun pun ada. kenapa yer?? mari kita lihat antara penyebab-penyebab yang membawa kepada permasalahan ini yang mungkin tak berlaku pada masa dulu..

Antara faktor-faktor berlakunya perceraian;
  1. sikap tidak jujur suami atau isteri
  2. kurang pengetahuan agama suami atau isteri
  3. sikap tidak bertanggungjawab si suami terutamanya dalam menyediakan keperluan keluarga
  4. susah nak terima budaya negeri suami atau isteri. (contoh Kelantan dan Johor). maaf, kalau ini menyinggung mana-mana pihak, tapi ada beberapa teman yang berasal dari kelantan turut berpendapat bahawa kebanyakan keluarga dikelantan tidak setuju kalau anaknya (biasanya lelaki), berkahwin dengan perempuan dari negeri lain. kenapa? aku pun tak tahu.
  5. masalah ahli keluarga si suami atau si isteri yang tidak menyukai anda. sebab tu orang cakap kita nak kahwin bukan dengan dia je tapi seluruh ahli keluarganya..
  6. masalah dengan ibu atau bapa mertua. biasanya bapa mertua jarang buat hal. ketidasefahaman biasanya berlaku antara menantu perempuan dan ibu mertua. biasalah perempuan. cerewet.
  7. minat yang tak sama dan tidak sehaluan pendapat diantara pasangan suami isteri. ini bukan faktor yang tinggi yang menyebabkan perceraian tapi mungkin boleh membawa kepada siri-siri pergaduhan. 
  8. pengaruh Social networking juga tak boleh dipandang remeh tau. seperti contoh Facebook tu. boleh mengakibatkan kecurangan si suami atau si isteri.
  9. perkahwinan jarak jauh (PJJ) yang juga boleh menyebabkan pasangan curang.
  10. sikap suami atau isteri yang panas baran/cemburu buta/cerewet kelas atasan/tidak menjaga penampilan dan sebagainya.
  11. tidak punyai zuriat dalam tempoh perkahwinan yang lama.

banyak berlaku dalam masyarakat melayu islam kita sekarang kes gila talak iaitu lepas dah tiga kali cerai memang takleh nikah lagi dengan bekas isteri kecuali bekas isteri tu kahwin dengan lelaki lain terlebih dulu. ada juga kes sekali lafaz cerai terus jatuh talak tiga. kebanyakannya kes gila talak ni sebab si suami tu terlalu mengikutkan nafsu marah atau mungkin bersifat baran yang menyebabkan beliau melafaz cerai tanpa fikir banyak kali. last-last dia juga yang merana. sibuk nak mintak rujuk balik sebab kononnya sayang sangat. bahaya kes macam ni. memang menda macam ni biasa berlaku. ada juga kawan-kawan aku mengalami situasi macam ni. terutamanya yang kahwin usia muda. perkahwinan bukan perkara mudah. bercinta memang senang kawan-kawan. hari ni putus esok dah ganti lain. tapi perkahwinan pada aku perlu kesabaran yang sangat luarbiasa, komitmen yang sangat tinggi, kepercayaan dan saling memahami dan yang paling penting kejujuran pada pasangan masing-masing.


bila berlakunya perceraian:

"musnahlah mahligai yang kita bina, harapan cinta dan janji hidup bersama, hancur segala impian cinta kita disaat kau sarungkan cincin kejari minisku, kau cium dahiku dan aku tertunduk malu"

dan bagi yang dah punyai anak:

anak kecil itu tidak tahu apa-apa. dia hanya tahu panggil "mama!! papa!!". dia mungkin tidak menangis kerana tidak mengerti apakah yang berlaku namun pastinya kehidupan dia nanti pasti ada kurangnya tidak seperti kanak-kanak yang lain."kerana mama dan papa tidak lagi bersama aku rasa tersisih". rintih jiwa anak kecil itu.


kepada kawan-kawan dan anda yang dah berumahtangga, mari kita sama-sama pertahankan istana cinta kita..kita suburkan dengan kasih sayang. namun kepada yang tidak mampu mempertahankan juga rumahtangga anda, percayalah mungkin ada rahmat disebali semuanya. jodoh perpisahan di tentukan Allah S.W.T...

You Might Also Like

0 comments

Ladies & Kids Bundle

Freelance Graphic Designer

Popular Posts