Bunuh kerana cemburu...salah siapa???

October 25, 2011

peringatan pd wanita diluar sana...especially yg bergelar isteri..xyah ade hati nk skandal2 tau..tgok ni br kes cemburu..dh kna bunuh...dasyat tul...skrg xde dh nk gaduh2..x puas hati bunuh terus..huhu..tak kira la laki ke pompuan ke yg si husband ke si wife ke..xyah nk gatai2 curang...pompuan pn ape kurangnye skrg..ade je kes suami kna bunuh..tak baik curang..kepercayaan tu penting tuk umah tangga..terutama mcm aku ni..tinggal berjauhan..lg la bnyk dugaan..tp bg aku tu semua terserah pd diri kita sendiri nk atau taknak..dan yg pling pnting as long as kita ingat Allah S.W.T insyaAllah semuanya baik2 je...ok tu je ulasan aku...hargailah suami atau isteri anda...peace!!!


Jururawat melecur dibakar suami meninggal dunia pagi tadi
KUALA LUMPUR: Seorang jururawat yang bertarung nyawa dan tidak sedarkan diri selama 10 hari akibat melecur lebih 80 peratus pada badannya selepas dibakar suami sendiri dipercayai bermotifkan cemburu, akhirnya meninggal dunia pagi tadi. Mangsa Suriani Yahaya, 28, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 4.30 pagi selepas kecederaan yang dialami mangsa bertambah teruk dan gagal diselamatkan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, ketika dihubungi mengesahkan mangsa yang bertugas di HKL itu meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya itu.
Katanya, sehingga kini polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat daripada pihak hospital yang dijangka diperoleh selewat-lewatnya esok.

"Suspek yang juga suami mangsa kini masih dalam tahanan reman dan dijadualkan akan tamat esok. Namun, polis akan cuba mendapatkan permohonan baru untuk sambung reman selama seminggu bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya.

"Setakat ini, polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan bergantung kepada hasil laporan sama ada perlu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam Ahad lalu, mangsa yang baru tiba di rumahnya di Kampung Baru dikatakan memasuki bilik air untuk mandi sebelum suaminya didakwa sengaja membuang puntung rokok ke bilik berkenaan menyebabkan satu letupan kuat berlaku.

Difahamkan, sebelum mangsa tiba di rumahnya, suspek berusia 28 tahun itu dikatakan terlebih dulu menyimbah petrol selain meletakkan bom petrol dalam bilik air itu sebelum bertindak membuang puntung rokok sebaik melihat isterinya memasuki bilik berkenaan. 

You Might Also Like

0 comments


Ladies & Kids Bundle

Freelance Graphic Designer

Popular Posts