Sungai Golok tak selamat

September 17, 2011


Rakyat kita mangsa bom Golok
Oleh Norliza Wasilan
norlizawasilan@bharian.com.my 
2011/09/17

ANTARA mangsa   yang cedera  akibat serangan bom  di Sungai Golok, malam tadi.

ANTARA mangsa yang cedera akibat serangan bom di Sungai Golok, malam tadi.
60 cedera, dua maut dalam tiga serangan berasingan di selatan Thailand

SUNGAI GOLOK (Selatan Thailand): Rakyat Malaysia antara yang dipercayai maut dalam serangan bom yang dilakukan serentak di tiga lokasi berasingan dalam kejadian bom di Sungai Golok malam tadi.
Laporan awal pihak berkuasa menyebut kira-kira 60 orang cedera dalam kejadian pada jam 7.15 petang waktu Thailand (8.15 malam waktu Malaysia), tetapi tidak diketahui sama ada cedera parah atau sebaliknya, manakala dua orang terbunuh termasuk seorang rakyat Malaysia yang belum dikenal pasti identitinya.
Setakat jam 10 malam tadi, belum diketahui berapa ramai rakyat Malaysia yang cedera.
Ketua Polis Sungai Golok, Kolonel Chakapon Phanon, ketika mengulas kejadian berkata, tiga lokasi serangan membabitkan dua hotel iaitu Hotel Parkson dan Hotel Merlin serta sebuah tokong. baca selanjutnya
uihh, seram sejuk aku baca berita ni pagi ni..bukan apa baru je kot plan nak gi jalan2 shopping kat Golok tu..baru2 ni ada gak ke rantau panjang...aku teringin jugak nak masuk thailand..kalau macam ni cancel lah plan..tak berani aku..tak selamat rupanya sungai golok...

Pekan golok terkenal dengan destinasi beli belah..harganya murah..time aku gi rantau panjang hari tu pun, hubby aku tak kasi aku kluarkan nikon aku..dia ckp nanti orang situ ingat kami pelancong..so, nanti takleh nak nego price dlm dilet kelate..aku pn dilarang bercakap..huhh...kiranya lepas ni aku teringin jugak la nk cross sungai golok tu..terliur dengar membe2 duk cerita...tapi lepas baca berita ni, tak jadi ar aku..bahaya sangat lah...

Pada pandangan aku, suasana sekitar rantau panjang yang bersebelahan dengan Thai tu pun kelihatan tak tersusun. mcm dah xde undang2..seolah-olah berada di Thailand pulak aku rasa...kalau anda pergi kesana, hati-hati lah..kalau boleh takyah pergi lagi buat masa sekarang...


You Might Also Like

0 comments

Ladies & Kids Bundle

Freelance Graphic Designer

Popular Posts