cinta dan gunung

September 21, 2011

gunung tinggi gagahku daki
denai berduri tak pernah kupeduli
kerana cinta tewaslah lelah segala
indah dan damai merasuk jiwa

disitu cintaku terjalin
berakhir cinta demi kehidupan
kini cintaku muncul kembali
memanggil dan pasti merindui

pepohon hijau melambai manja
dingin air dari gunung mana mungkin kulupa
gemersik unggas rimba memikat kalbu
kabus berterbangan ditiup angin rindu

desiran angin berlagu sayu
kuntuman orkid rimba kini layu
rindu membuat aku bahagia
rindu membuat aku luka


You Might Also Like

1 comments


Ladies & Kids Bundle

Freelance Graphic Designer

Popular Posts