peristiwa 4 Ramadhan

August 06, 2011

Setiap kali Ramadhan menjelma, hatiku mula diruntun rasa rindu. Ruang angkasa sepi tanpa bintang. Bulan pula muram tanpa cahaya. Gemersik unggas liar tiada kedengaran. Suasana sepi. Hatiku juga sepi. Rindu barangkali. Ya, rindu menusuk kesetiap pelusuk jiwa. Cintaku diragut takdir ilahi. Aku akur dan redha dengan suratan. 4 Ramadhan tidak akan pernah luput dari kotak fikiranku. Tangis dan hiba kini menjadi kekuatan buatku bagi meneruskan saki baki perjalananan hidup tanpamu. Cinta dan kasih menjadi sebahagian darahku. Rindunya saat bersama. Kasih yang bersemi sekian lama. Masih hangat kuterasa ciuman kasihmu. Aku berasa damai dalam pelukanmu. Kau lepaskan aku dalam rasa penuh percaya. Percaya yang kau semai sekian lama. Kini bersemadi kau selamanya. aku dapat merasakan ketenanganmu disana. Cintaku abadi. Kasihku selamanya. sedetik takkan pernah lupa. Selagi anting-anting ini masih melekat di cuping telinga ini. Tandanya aku setia merinduimu selain alfatihah sedekah yang diterima. Dada langit kini kembali bercahaya. Kesuraman aku serikan dengan senyuman. Rindu akan setia membawa aku pulang menziarahi pusaramu. Melewati pohon-pohon kenangan. Disetiap selekoh sejarah kau muncul dengan senyuman. Yang pasti penuh harapan.

Al-fatihah buat arwah bondaku..

You Might Also Like

0 comments

Ladies & Kids Bundle

Freelance Graphic Designer

Popular Posts