ohh my HERO....

June 30, 2011



ni lah HERO yang aku maksudkan okay...akhirnya setelah hampir 5 bulan terpisah jauh kini  kami bersama lagi..tapi tuk 2bulan je (cedeynye aku)..seb bek la baby aku ni tak heran ngan sapa..seme dia nak..peramah baby aku nih..tapi lasak..takleh duk diam seminit pun..haruslah kan budak2 yg tgh aktif..tapi ok gak kn dia aktif dr dia pasif..aktif beerti sikecil sihat kan..sekarang baby aku tgh duk blaja ikut mulut orang..ape orang sebut dia mula nak ikut sebut..mamamamama...lebih dr 10 kali sehari aku sebutkn perkataan nih..nak ajar dia..sebab maklumlah dia masih belajar kenal aku..walhal akulah mama yang melahirkan dia..nak wat camne..kami terpisah jauh..dak kecil..mana nak ingat kan..aku lak jarang balik..betul ke budak kecil sebaya baby aku nih sukar tidur. nurse cakap memang macam tu. teringat jugak aku ada pendapat mengatakan jangan diberi makan COKLAT kat budak2 yang aktif bimbang akan jadi terlalu aktif..ada juga petua cakap jangan pusingkan kepala budak kebawah takut jadi aktif sangat.haishh macam-macam kan..tapi seronok bila anak dah mula bagi respon kat apa yang kita cakap..dah pandai merajuk dan pandai marah...seronok aku ada kawan baru...bertambah seri hidup aku..bila datang malam aku mula risau sebab anak aku nih payah nak tidur..dia tak menangis..tapi dia tak puas nak main...kalau dia pandai main sorang-sorang aku takdak hal..ni tak kami lah jadi bahan permainan dia..dikorek mata, digaru sana sini...hoho..hurmm aku beruntung sebab hubby aku memang pakar dalam menidurkan hero kecil aku..aku sering gagal menidurkan beliau..huhu..sebab aku ni jenis tak tahan..mula2 boleh lagi didodoi-dodoi..bila tak reti-reti nak tidur mula ah perasaan geram timbul maka aku mula rasa nak marah...tapi hubby aku leh lak sabar tul dia dengan kerenah baby kami...terharu aku bab tu...okay lah  ni je coretan dari mama rose...bukan apa aku dah mula rasa teruja dengan baby aku..ehh bukan senang tau nak datang feel seorang ibu..setelah lama berpisah tidak bersua muka hanya suara yang kedengaran sekali sekala melalui henpon..namun sikap baby aku mampu mengembalikan kasih sayang aku terhadapnya..sayang mama, mama tak pernah melupakanmu cuma mama sedikit kaku bila kita dah lama tak bersama..tapi sekarang mama dah okay tau ngan kamu sayang..ohh my HERO..mama akan jadi mama yang hebat buat kamu..


You Might Also Like

2 comments

Ladies & Kids Bundle

Freelance Graphic Designer

Popular Posts