mengapa kau pergi

June 01, 2011


ni masa mula2 kami kenal..
Begitu asyik menjalani hariku..sekejap suka sekejap duka..sedang dia sakit sendirian..aku tak pernah ambil peduli kerana aku sibuk dengan kehidupanku..apatah lagi bila aku sudah mempunyai keluarga sendiri..aku pernah diperli satu ketika dulu "jangan mudah bangga dengan kebahagian yang aku kecapi"..dia seorang adik yang sungguh baik tingkah lakunya..senang aku katakan dia bagaikan sempurna sifatnya..lengkap bijak orangnya dan bagus juga ilmu agama..seorang yang sederhana. tak pernah sekalipun sepanjang perkenalan kami aku lihat dia marah mahupun menangis..dia hanya tersenyum biarpun badai menimpa dirinya. bermula dari mendaki gunung anjuran kelab kembara uitm dungun, disitulah kami mula menjalinkan persahabatan.dia sudah jadi macam adik beradikku..kami sekeluarga mengenalinya. saban petang kami selalu lepak-lepak di teluk gadung..dia suka dengar aku cerita pengalaman aku mendaki gunung..konon-kononnya aku lah sifu gunung buat dia..dia sangat minat nak mendaki
kami selalu study sama2 


lagi..tapi kerana satu masalah peribadi dia tak dapat penuhi hajat tu..aku pernah janji bila sumpahan itu berakhir, aku akan bawa dia mendaki gunung bersama kawan-kawan yang lain. selain dari menjadi sifu gunung buat dia, dia jadikan aku bagaikan sumber inspirasi buat dia..dia pernah mintak beg kuliah aku. katanya nak ambik semangat aku. selepas aku grad diploma tu, aku serahkan beg aku tu..dia pakai sampailah rosak. dia sangat hargai pemberian aku tu. kalau nak exam dia mesti akan call aku suh cakap good luck..aku pun tak tahu kenapa aku jadi sumber inspirasi dia sedangkan aku bukan pelajar yang bijak pandai macam dia..dia DL every sem.setelah aku grad dia masih lagi dekat kampus tu sbb masa tu dia baru part 1 masa kami kenal.aku dah part 6. bila dah grad aku dah jarang ke uitm dungun. tapi ada la juga pergi melawat sebab kakak aku lecturer kat situ..bila pergi sana aku mesti akan jumpa dia..seronok betul dia dapat jumpa aku..macam-macam nak cerita. kesian pula aku tengok dia beriya-iya nak bercerita pada aku. katanya aku lah tempat dia bercerita..aku sampai sekarang pun tak faham kenapa budak sebaik dia diuji bertubi-tubi. kenapa ada yang sanggup menyakiti dia. tapi alhamdulillah dia berjaya menamatkan diploma dia walaupun semester2 akhir tu kesihatan dia sangat tidak mengizinkan.tapi dia masih berjaya mendapat result yang cemerlang. seingat aku kali terakhir aku jumpa dia waktu bagi kad kahwin. lepas tu kami dah tak berpeluang untuk berjumpa lagi. jarang-jarang sekali ada la juga dia
semoga kau bahagia disana


call aku. nak harapkan aku memang menyepi macam tu je la..itulah kelemahan aku.tak pandai nak jaga hubungan persahabatan.bila dah jauh aku mudah lupa. sedangkan dia sangat berharapkan aku terutama sekali bila dia dalam masalah. perbualan terakhir kami setahun yang lalu bilamana dia beritahu aku dia sakit. dia berhenti belajar degree. dia cakap dia tak larat. ada masalah kewangan dan kesihatan yang amat tak mengizinkan. dia taknak menyusahkan kawan-kawan serumah. aku pun tak faham kenapa hidup dia sangat dasyat. seorang yang cukup sempurna. diuji begitu tragis. hari ni sedang aku asyik melayani kerenah hidup aku, aku mendapat berita dia sudah pergi buat selama-lamanya. ya Allah, entah kenapa perasaan terkilan menikam jiwa aku. aku tak dapat melarikan diri dari rasa bersalah seribu tahun pun. kerana aku tahu dia sangat perlukan aku.perlukan sokongan moral dari aku. tapi dimana aku diwaktu dia sedang bertarung dengan maut. airmata tak dapat menghapus rasa bersalah aku. aku tahu dialah seorang adik juga sahabat yang paling sayang aku dan tidak mengharapkan apa-apa dari aku selain sokongan moral. kini dia dah tiada. maafkan kak rozi Ayie..

~al-fatihah buat arwah

You Might Also Like

2 comments


Ladies & Kids Bundle

Freelance Graphic Designer

Popular Posts