wanita dan airmata

May 17, 2011

* gambar adlh hiasan semata-mata


http://www.smileycodes.info


http://www.smileycodes.infobenar ke kata orang wanita ni mudah menumpahkan airmata. sejauh manakah kebenaran kenyataan mereka itu. benarkah? anda bagaimana? hal ni terlalu subjektif untuk dibincangkan. tapi ternyata wanita yang hatinya lembut, pemaaf, sensitif lebih mudah berasa kecewa dan sedih. teringat pulak "feminine virtue" aristotle ethical theory. http://www.smileycodes.infoperempuan lebih bersifat penyayang, mengambil berat, cerewet dan sensitif kepada sesuatu hal yang berkaitan dengan dirinya ataupun orang-orang disekelilingnya. ini pandangan umum la. memang subjektif sebab ada juga wanita mempunyai hati yang kental, tidak mudah menangis malah egois. golongan manakah anda? kadang-kadang kita tak sedar apakah sebenar perasaan kita, kadang-kadang kita tak pasti bagaimanakah kelakuan kita dimata orang. aku pernah terbaca puisi "cermin peribadi"..pada aku orang-orang disekeliling kita lah cermin peribadi kita ataupun lebih mudah diungkapkan sebagai penilai diri kita..tapi sejauh manakah http://www.smileycodes.infoketulusan mereka menilai diri kita?? itulah yang menjadi persoalannya. kehidupan sungguh rumitkan. akupun kadang-kadang terperangkap dalam masalah menilai siapa diri aku. kembali kepada tajuk "wanita dan airmata", wanita mudah cenderung untuk menitiskan airmata apabila berdepan dengan masalah-masalah dan kesedihan. tapi pada aku tak salah pun untuk menumpahkan airmata sekadar untuk meredakan perasaan dan untuk memujuk hati sendiri. lebih elok dari melakukan hal-hal lain yang tidak sepatutnya kan? baiklah kat sini je coretan aku pada pagi yang penuh serba tak kena..hoho

You Might Also Like

0 comments


Ladies & Kids Bundle

Freelance Graphic Designer

Popular Posts