Luqman Vs Gunung

May 02, 2011

salam guys!! thanks kerana masih sudi menjenguk blog i ni...


Telah lama aku kesepian dan terpinggir dari aktiviti2 lasak seumpama dizaman bujang dulu..sememangnya aku tersangat teruja dan ketagih untuk masuk ke hutan dan mendaki lagi..sekarang tiada sebab untuk aku tidak boleh mengikuti mana-mana trip yang dianjurkan kawan-kawan. ye mungkin yang bayarannya mahal aku tak dapat lah nak join kerana kekangan bajet (maklumlah i kan student lg) huhuhu...semalam hubby aku baru je pulang dari gunung berembun. jeles jgn dicakap. tapi tak mengapa aku relakan dia pergi kerana aku tahu dia pun rindu nak mendaki..dah lama agaknya kami tak mendaki. anak aku sekarang dah pun masuk 10 bulan. haihh dah besar pun Luqman aku tu. dah boleh berjalan pun. ini bermakna setelah aku berkahwin, last sekali aku mendaki pun masa kami honeymoon dulu..tu pun Jelawang basecamp. sebulan lepas tu aku mengandung. hurmm 9 bulan berlalu ditambah lagi 2 bulan berpantang dan masa memang sekali-kali tidak mengizinkan dengan pelbagai alasan konkrit yang sekali2 tidak membenarkan aku join mana2 ekspedisi mendaki gunung. kadang-kadang aku termenung dan tersenyum sendirian bila tengok beg gunung aku dan apatah lagi bila belek2 gambar kat dalam file laptop..haishhh rindunya aku.baiklah, semalam hubby aku tanya. 

"sayang nak tak naik gunung. jom kita join trip UMK ke Stong..nak tak?" 

" wahhh bestnya...hurmm tapi gunung stong bukannya best sgt pun..tapi takpelah janji gunung.." jawab aku dengan nada gembira..

beberapa minit kemudian setelah berfikir dua 3 kali....

"tapi abg, sayang rasa taknak lah..Luqman macam mana..dahlah cuti dua 3 hari je..mama nak main2 ngan Luqman..kesian Luqman." ucapku dengan nada perlahan...


Luqman Vs Gunung

ye memang tidak dinafikan aku sangat teruja dengan idea hubby aku tu.. tapi memandangkan Luqman, aku terpaksa membatalkan niat aku kerana aku yakin dan tahu Luqman lebih penting dari gunung. Luqman lebih memerlukan aku disaat masa tidak mengizinkan aku bersamanya, akan aku gunakan walau sesaat dua masa yang ada bersama Luqmanku. bak kata pepatah "TAKKAN LARI GUNUNG DIKEJAR".. (mengeluh perlahan)...








You Might Also Like

0 comments

Ladies & Kids Bundle

Freelance Graphic Designer

Popular Posts