berikan aku kekuatan

May 25, 2011




hanya selangkah lagi untuk smpi kedestinasi..tapi kita tak tahu tinggal selangkah lagi, sbb penat dan rasa payah kita pun berhenti disitu..ohh alangkah ruginya hanya dengan satu langkah lagi kita dah nak sampai kat destinasi yang dituju.memang pasti hari esok itu adalah misteri..kita tidak dapat sesekali menyangka apa bakal berlaku diesok hari kan. kita pastinya tidak tahu takdir yang ditentukan buat diri kita..kenapa agaknya ada diantara kita bergantung sepenuhnya pada takdir tanpa cuba berbuat sesuatu..sedangkan kita belumpun tahu apa takdir kita. lakukan je yang terbaik..bab takdir tu serahkan pada yang kuasa. wahh, alangkah bijak aku berkata-kata..adakah aku sudah melakukan yang terbaik untuk diriku. hurmm berat pertanyaan tu. macam mana aku nak jawab ye.air sungai pun ada pasang surutnya apakan lagi kita manusia..sekejap gagah sekejap terkulai. kalah dengan dugaan. menangis dengan kegagalan dan sedih dengan ujian. kadang-kadang kita rasa terbeban dengan ujian dan rasa amat payah meneruskan perjalanan. sedih pula mengiringi perjuangan. memang mudah nasihat teman-teman.."sabarlah".kata-kata tu memang mudah dilafazkan hanya apabila mereka bukan berada ditempat kita. aku ada satu cerita, ada seorang kawan aku ni, kami tiba-tiba menyentuh hal-hal kematian. bila aku mengadaikan bagaimana kalau ayah atau ibunya meninggal dunia. paling kurang pun nenek dia. dia jawab dengan bersungguh-sungguh dia langsung tak boleh terima kalau mereka yang dia sayang tu meninggal dunia..dia taknak seorang pun dari mereka meninggal dunia..dia cakap dia boleh jadi gila kalau terjadi hal tu. dia tak mampu nak hadapi hidup. lepas tu perbualan kami mati disitu kerana aku pun dah dapat jawapan. bukan mudah untuk seseorang menerima kepahitan hidup. memang payah menerima kenyataan. memang mudah kan berkata "sabarlah"..tapi bila hal tu berlaku pada diri sendiri. menangis siang malam..Ya Allah, berikanlah aku kekuatan..jauhi aku dari rasa lemah dan tidak mahu meneruskan perjuangan..kurniakanlah aku kedamaian dan ketenangan dalam meneruskan perjuangan hidup ini. perasan tak, ramai orang mampu untuk berkata "kesiannya awak, saya terharu sangat, saya tumpang sedih, kalaulah boleh saya tolong awak, awak ceritalah saya dengar"..bagi aku terima kasihlah banyak-banyak dengan kata-kata indah itu wahai teman..ramai yang mampu berkata demikian tapi berapa ramaikah pula yang mampu menyelesaikan masalah kita atau sama-sama bantu mengurangkan beban tu. sebab tu lah kadang-kadang aku terfikir perlu juga bersifat pentingkan diri sendiri..mengikut personal egoism theory, kita masih dikira bermoral bila kita berbuat sesuatu untuk diri kita asalkan kesannya baik untuk diri kita dan personal egoism  theory tak memaksa orang lain untuk mengikut cara sepertimana individual egoism theory. oklah dah masuk bab ethics plak. kesimpulannya aku cuba untuk mengadaptasikan personal egoism theory ni dalam hidup aku..huhu...semoga aku bertahan demi selangkah lagi mungkin..selangkah lagi untuk mencapai segalanya..teruskan perjalanan...teruskan.....jangan biarkan kesedihan menguasai diri....

You Might Also Like

2 comments

  1. AkaK BettEr AkaK TuKaR LaGu YaNg
    BeReNtAk KaN Sl0w c0z Bl0g AkAk
    NiE KaN KeBaNyAkKaN AyaT Y KuAr DaRi
    FeeLiNg AkAk SenDirI..~ JaN MarAh YeRRRR

    ReplyDelete
  2. lorr..lg tu rancak kew...huhu..k lah leh la kasi up skit mood ye dak..kn lagu slow lg down feelin ni.. :) btw, thanks 4 ur comment..

    ReplyDelete


Ladies & Kids Bundle

Freelance Graphic Designer

Popular Posts