Koleksi Raya 2010

September 22, 2010

hrmmm raya kali ni mmg masih terasa kesunyian atas ketiadaan ibu tercinta yang telah pulang ke rahmatullah dan tahun ni adalah kali pertama aku berada di negeri orang tatkala takbir raya bergema di televisyen. maklumlah dah kahwin ni kena lah share raya kn..klu cina ngan melayu bleh Kongsi raya ini kan pula suami isteri.huhuhu...walaupun aku dah tak ada mak dan ayah namun raya tetap juga disambut dikampung halamanku bersama kakak dan abang. ukhuwah yang terbina antara kami cukup erat berkat doa arwah mak barangkali. kami masih menjaga rumah itu walaupun jarang sekali kami pulang. cinta kami tetap utuh pada rumah itu. rumah dimana tumpah darah kami dimana kami dilahirkan dimana kami dibesarkan. 1001 kenangan pasti membuatkan kami rindu. dan disitulah tempat untuk kami berkumpul walaupun pengasasnya sudah lama pergi...hatiku begitu tenang tatkala pulang kerumah itu. masih terbayang-bayang arwah mak duduk di beranda menanti kepulangan anak-anaknya.
 Alhamdulillah berjaya juga majlis yang kami rencanakan dimana Majlis tahlil, cukur jambul dan rumah terbuka sekaligus.terima kasih kepada saudara mara yang sudi datang juga kepada sahabatku jass..terima kasih juga buat jiranku yang sama-sama tolong mengemas rumah kami. masih berseri rumah itu walaupun dah lama tak berpenghuni. masih sama seperti dulu..
Dengan kehadiran Ahmad Luqman Nurhaqeem sekurang-kurangnya dapat mengubat hati yang rindu. Luqman adalah penyeri aku dan hubby. seronoknya beraya bertiga. hidupku terasa amat bermakna. terima kasih sayang......

sempat gak kami gi studio amik gambar...seb bek dpt kerjasama dr sikecil masing2..masing2 ade anak sorang time ni..

aleeya tembam makin cute n nakal..huhu

saje je ikut adat...tuk kenang2an..

 apa la adik ni..nangis lak time majlis..ishhhhh.....


si cumel bnyk ckp ni sedang bmain bunga api ngan Pak su..

Ayah dan anak...sebijik kan cam bapak dia..grrrrr jelesss tau mama

puteraku diapit oleh dua puteri cute..hehe

cumelnye budak 2 ni tau...ble la mak su nk ade ank pompuan cam korang lak ni...

thanks jass sudi dtg majlis aku..tul2 surprise tau nampak ko mlm tu..highly appreciated...

lagi2 mama ngan baby luqman jln2 di hari raya

Aku, mak mertua, nenek, hubby's niece and my son time beraya umah su ana

You Might Also Like

0 comments

Ladies & Kids Bundle

Freelance Graphic Designer

Popular Posts