Bubur Lambuk Resipi Mak

August 29, 2010

Ternyata diriku sgt merindui arwah mak. airmata masih membasahi pipi tatkala kenangan dulu menerpa. namun aku tahu masa takkan mungkin kembali. hidup terpaksa aku teruskan jua. dulunya aku memang tak pandai masak. mak dan kakak yang selalu masakkan untuk aku. kalau bab lain aku memang tak bermanja.tapi bab masak memang terus terang aku kata aku memang manja. aku paling tak suka masak. mak mesti masak favourite aku. mak tak suruh pun aku masak. mungkin dia dah takde orang lain untuk tunjuk skill masak dia..maklum lah aku kan anak bongsu.bab kata mak. lauk ayam merah hari-hari pun takpe. mak tahu apa yang aku suka apa yang aku tak suka.kami slalu luangkan masa berdua je dirumah tu. hrmm, kini aku dah pun jadi isteri orang. nak tak nak aku kena jugak belajar masak. kadang-kadang selera aku hilang. lauk apa pun jadi tak sedap. aku rindu masakan mak. bagi aku masakan mak paling sedap. kalau mak suap lagi sedap.huhu...tapi mak dah takde. bukan aku nak berlagak. tapi memang mak aku pandai masak. seb bek lah akak aku yg chef tu dah amik resepi dari mak. kalau tak mesti aku dah takleh makan resepi mak. so, hari ni aku teringin nak makan bubur lambuk sebijik cam mak masak. errrr berjaya atau tidakkk??????

Gambar2 hiasan bersama arwah


arwah mak tgh bc yassin kat tanah perkuburan tuk arwah ayah
ni time convo dip aku..arwah mak br je kuar wad time nih

        arwah mak ngan cucu2 perempuannya

You Might Also Like

2 comments


Ladies & Kids Bundle

Freelance Graphic Designer

Popular Posts