kenanganku selama 5 bulan di Melaka (sem 1)

June 06, 2010

Tiada apa yg istimewa tentang belajar di UiTM Melaka..yg istimewanya ialah selama 5 bulan ni lah aku mengharungi dugaan berbadan dua..semasa dihantar hubby aku awal semester lalu, perutku masih tak nampak lagi. masa tu kandunganku baru berusia 4 bulan. alhamdulillah aku dah tak mengalami tumpah darah lagi. kandunganku agak kuat walaupun aku terpaksa menggalas beg deuter 45+10 yg sarat dengan barang dan didepannya aku galas beg laptop, untuk kerumah sewa setelah seminggu selesai minggu taklimat yang memaksa aku tinggal di hostel. aku tak pasti brp kilometer jarak hostel tu ke rumah sewa aku. boleh tahan juga lah letihnya kalau berjalan kaki.
bulan demi bulan kandunganku semakin membesar. beban assignment dan presentation semakin berlambak-lambak. aku bersyukur sangat kerana kursus kami ditempatkan di bangunan bersebelahan dengan bangunan UiTM Kampus Bandaraya iaitu bangunan graha (Syarikat Air Melaka) dimana UiTM telah membeli 2 tingkat dari bangunan tersebut. so, aku tak perlu beratur panjang untuk menunggu turn lift. kalaupun perlu mendaki anak tangga hanya 2 tingkat. tidaklah berbelas-belas tingkat. kemudahan kami pun lebih selesa. surau di bangunan itu pun tak ramai orang. jadi kalau kepenatan aku mengambil peluang berbaring disitu. aircondnya juga sejuk. memang waktu lunch aku tak pulang ke rumah sewaku. itu untuk mengurangkan risiko perjalanan aku dan hanya membuat badanku bertambah penat. oh ye, sepanjang 5 bulan disana aku menggunakan motosikal sebagai pengangkutan untuk ke kelas, ke klinik mahupun kemana-mana aja.Photobucket dah lama pun aku tak guna motosikal tu. tapi aku memilih untuk menggunakan motosikal berbanding kereta kerana dapat menjimatkan kos. maklumlah degree banyak nak kena pakai duit. lagipun parking susah dan jalannya pun sesak. aku pulak jenis yang tak suka lambat-lambat. aku tahu ramai yang risaukan aku dan sangat tak bersetuju dengan aku menggunakan motorsikal termasuk juga hubby aku sendiri. tapi aku tetap dengan keputusan aku tu kerana bagi aku ia lebih memudahkan aku. jika sekiranya terjadi apa-apa itu sudahpun takdir walaupun aku menaiki kereta mahupun berjalan kaki. risiko ada dimana-mana.menjelang bulan-bulan terakhir aku disana sebelum final exam untuk semester ini, badan aku mula terasa penatnya. tidak seperti sebelumnya aku agak aktif sampaikan rakan-rakan sekuliah pelik melihat aku yang aktif dan bersemangat. aku jarang sangat ponteng kelas. kalaupun ya, itu pun kerana aku ke klinik untuk check up. dalam kelaspun aku tidak sedikit pun kelihatan lembik. aku sentiasa bertenaga. namun sebenarnya aku hanya kuatkan mental aku. aku sebenarnya penat juga dan kadang-kadang perutku terasa sakitnya. siapalah yang mengandung tidak merasa sakit. aku cuba buktikan pada kawan-kawan yang kebanyakannya berpangkat adik yang tiada apa yang dapat menghalang kita untuk mencapai sesuatu. tiada siapa tahu jauh disudut hatiku sangat merindukan hubby dan istirehat. kalaulah aku dapat bermanja tika mengandung anak sulungni alangkah baiknya. dh memang nasib aku macam ni. Photobucketaku sering tidak berpeluang menjadi orang yang boleh bermanja-manja. apapun harus aku lakukan sendiri. tak mengapalah ini lah dugaan dan pengalaman hidup yang sememangnya tidak dapat dibeli. sepanjang 5 bulan disana aku hanya berpeluang balik ke kampung 2 kali. masa itu aku gunakan sebaik mungkin untuk melepaskan rindu dan penat. dalam kepayahan tentu ada mudahnya. sesungguhnya Allah S.W.T maha adil dalam rahmatnya. terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak memberi sokongan moral dan fizikal. aku takkan lupakan jasa baik kalian. terutama kepada Ita, terima kasih aku ucapkan kerana telah banyak tolong aku. halalkan makan minum aku. kerana kalian yang selalu ceria dikelas, sedikit sebanyak membuat aku lebih tabah dan tidak kesunyian. juga kepada lecturer2 yang sememangnya sporting dan baik-baik belaka, tidak sesakit sewaktu aku belajar di UiTM dungun dahulu. hari demi hari aku lalui dengan penuh harapan dan impian. semoga yang kulalui kali ini lebih mudah dari yang terdahulu. aku sedar aku semakin matang dan disaat aku mengharungi dugaan ini lah, rahmat dari Allah S.W.T begitu jelas sekali. syukur alhamdulillah aku dah banyak berubah.




Photobucket
waa..rindunya nasi lemak 50sen..thanks ita sbb selalu bwk aku kesini


Photobucket
lepak2 kat taman ats JUSCO melaka lepas penat acting..kpada group "Francais" ku..kenang daku dlm ingtanmu..huhu

Photobucket
lepak2 ngan FRENCH group..di tepi sungai melaka..

You Might Also Like

0 comments

Ladies & Kids Bundle

Freelance Graphic Designer

Popular Posts