pregnant????

November 24, 2009

dah lame aku x posting....busy ke aku?? tidak........ntahlah kadang-kadang aku xde mood langsung nak blogging..ada satu masa bukan main aktif..huhu....k lah back to the title.....

PREGNANT?????

Are you pregnant?? Am I pregnant??

Lepas je kita dinikahkan bermulalah era baru dalam kehidupan berumahtangga. segala yang kita lakukan tidak lagi melibatkan diri kita sendiri malah perlu difikirkan tentang pasangan tidak kira suami mahupun si isteri. Dua-dua mempunyai tanggungjawab yang berat.

Belum pun sempat inai dijari habis, kata orang masih dalam bulan madu. dah sibuk si kawan2, keluarga dan saudara-mara bertanya " DAH PREGNANT LOM?" well, soalan ni tidaklah menjadi beban kepada yang masih baru berumahtangga. senang je nak menjawab. "awal sangatlah, takkan kot". Tp, bagaimana pula dengan yang dah bertahun mendirikan rumahtangga. mungkinkah tersinggung hati mereka ini. biasanya jawapan yang kita dengar; "xde rezeki lagi nak buat macammana".

Talk bout Rezeki...
memang kita tidak menyangka dalam bentuk apakah rezeki yang Allah S.W.T berikan kepada kita. kadang-kadang kita tak sedar kita sedang menikmati rezeki dariNya. Subhanallah, zuriat itu rezeki yang tidak ternilai. mungkin tidak ramai dikalangan kita yang tidak inginkan zuriat. walaupun susah dan payah kehidupan kita, zuriat adalah harta yang tidak ternilai pemberian Allah S.W.T dan kehadirannya juga akan beserta rezeki untuknya yang telah dijanjikan Allah S.W.T.

teringat cerita arwah emak sewaktu aku kecil-kecil dulu. hidup kami sekeluarga bukanlah senang. sebelum aku dilahirkan iaitu sewaktu arwah emak mengandungkan aku 2 bulan, ayah telah meninggal dunia. sewaktu tu adik beradik aku yang lain masih kecil dan bersekolah. ibu saudaraku meminta supaya kami dibahagi-bahagikan dengan niat hidup emak tidaklah susah lagi. namun, cekal hati ibu berbekalkan kasih sayang yang tidak ternilai, emak tidak ingin anak-anaknya diserahkan kepada orang lain walaupun saudara sendiri. kata emak, " merekalah harta-harta peninggalan arwah". emak ingin membesarkan anaknya sendiri. dengan tulang 4 kerat, emak mencari rezeki dengan melakukan pelbagai kerja untuk menyara keluarga. tuhan maha kaya, anak-anak yang dibesarkan emak kini telah pun berjaya. kepayahan hidup emak kini telahpun terbela. berkat kasih sayang emak dan didikan yang sempurna walaupun bukan dengan harta yang banyak, memberi pulangan yang tidak ternilai untuk emak rasai. namun, emak pergi terlalu awal mengadap ilahi. mungkinkah hati emak sudah tenang sekarang. emak pernah berkata, dia tidak inginkan harta dari kami. dia cuma inginkan kami berjaya dunia dan akhirat.lalu tibalah masa untuk dia berehat selamanya.

AM I PREGNANT???

hurmm..to tell ya da truth....2 month dh nk masuk 3 bln i'm pregnant. sebenarnya tidak pernah terlintas di fikiran begini awal aku pregnant. namun tidak pula aku menahan hadirnya. mula-mula aku sedikit terkejut. macam-macam difikiran. gembira...sedih...takut...confuse...dan ternyata aku bersyukur dengan rezeki ini. mungkin aku agak tertekan pada awalnya kerana orang-orang yang aku sayang (keluarga sebelah aku terutama arwah emak) tiada disamping mendengar khabar gembira ini. namun berita ini tetap sampai ke pengetahuan mereka melalui internet dan telefon. betapa gembiranya malah aku lihat mereka lebih gembira dari diri aku sendiri. kakakku di Uk sibuk dah nak post baju-baju baby dan barangan baby dari sana. kakakku dikampung dah beri jaminan nak jaga anak aku kalau aku sambung belajar. ish, diorang ni meriah betul. sekurang-kurangnya sedih jiwa teringatkan arwah emak tidak sempat bermain dengan bayiku kuranglah sikit.

pada bulan pertama, kandunganku mengalami sedikit masalah. namun semuanya kembali normal sekarang. alhamdulillah. sekali lagi aku mendapat berita gembira. aku telah berjaya melanjutkan pelajaran untuk menyambung degree aku yang bertangguh2 selama ni. dah dua kali aku terlepas secara teknikal untuk mengisi borang secara online sebelum ini. waktu tu aku tidak punya komitmen apa-apa. tapi, tuhan maha kaya kali ini tika dan saat aku punya seribu satu komitmen disaat ini juga aku diterima belajar. melihat suami yang mungkin tidak terurus pakainya bila aku tiada, perutku yang akan membesar nanti dan tempat belajar yang agak jauh dari tempat aku tinggal sekarang. oh tuhan, berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan hidup ini. demi masa depan, aku sanggup berkorban lelah dan rindu yang mungkin menghantui hari-hari aku disana nanti. tanpa kerelaan dan kebenaran suami, aku tidak mungkin dapat meneruskan impianku itu. mujurlah suamiku mengerti dan memberi kata-kata semangat untuk aku. terima kasih abang.

berbalik kepada kisah arwah emak tadi. jika arwah mampu membesarkan aku dan adik beradikku dengan baik, mengapa tidak aku. InsyaAllah, aku juga mampu melakukan sedemikian cuma kisah dan keadaan kami berbeza.

You Might Also Like

0 comments


Ladies & Kids Bundle

Freelance Graphic Designer

Popular Posts