Ekspedisi Mendaki Gunung Tebu

June 01, 2009

17 April 2009,

Aku, lan dan Nizam menaiki kereta ke besut Terengganu melaui jalan gua musang. Setibanya disana kami bertemu dengan ahli-ahli ekspedisi yang lain yang sudah tiba lebih awal. Antaranya ialah Ida, jiman, Bad, Mat , jeff, ayie dan Kami diketuai oleh bad dari explore adventure team.

18 April 2009,

Setelah menikmati sarapan pagi, kami memulakan pendakian menyusuri air terjun belatan. Sungai belatan yang kehijauan bagaikan menyambut kehadiran kami. Kejernihan sungainya benar-benar memikat hati dan sememangnya itulah menjadi ilustrasi yang harus diabdikan dihujung lensa kamera masing-masing.

Kurang sejam pendakian kami berhenti seketika di kem pondok rehat dimana disitu terdapat alur sungai yang dikenali sebagai sungai cakah dua. Disitu kami mengambil bekalan air untuk digunakan disepanjang pendakian sebelum tiba di punca air seterusnya. Pendakian diteruskan ke kem batu mat hasan. Lebih kurang 3 jam pendakian meredahi permatang yang sekali sekala mencanak akhirnya kami tiba di kem batu mat hasan. Kem itu dikatakan agak terkenal dengan cerita mistiknya. Kedengaran guruh disebelah timur memungkinkan hujan akan turun. Namun, kami agak bernasib baik langit gelap berubah cerah. Pendakian kami agak lancar walaupun aku dan nizam agak kepenatan dan bergerak agak perlahan dibelakang berbanding ahli-ahli ekspedisi yang lain.kami juga berselisih dengan kumpulan pendaki lain yag menuruni gunung. Kami tidak berehat lama disitu kerana perjalanan masih jauh. Kami meneruskan pendakian ke kem punca air. Ketika itu, hanya aku lan dan nizam. Sementara ahli-ahli yang lain jauh dihadapan. Di kem punca air, hanya nizam yang sanggup menuruni lembah ke air sungai. Aku dan lan mengambil kesempatan untuk berehat sambil berbaring sementara menunggu nizam. Aku memandang mendongak langit menerusi celah-celah daun hutan. Terasa rinduku terubat tatkala hijau dedaun hutan dan mesra angin rimba menyentuh pipiku.

Lebih kurang jam 3 petang, kami meneruskan pendakian ke puncak gunung tebu yang mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Tidak jauh dari punca air, kami melaui kem jendela pandang dimana disitu kami dapat melihat bukit bukau. Mendaki dan terus mendaki, kami berhenti beberapa kali akibat kepenatan. Gemersik unggas rimba sedikit sebanyak memberikan kekuatan buat kami meneruskan pendakian. Kini tinggal aku dan nizam jauh kebelakang dan lan mungkin sudah tiba dipuncak fikirku. Beberapa jam pendakian, akhirnya kami tiba dipuncak gunung. Namun, kami memilih kawasan perkhemahan berhampiran kubur lama dan batu mahkamah kerana disitu pemandangannya jauh lebih indah.

Pada pendapat aku, puncak tebu mampu menampung sehingga 100 hingga tiga ratus pengunjung dalam satu-satu masa. Pendaki juga boleh memilih tapak perkhemahan mengikut citarasa mereka. Kami memilih tapak perkhemahan berhampiran dengan kubur lama dimana disitu kawasannya agak lapang dan berumput segar menghijau. Sesampainya aku dan nizam disitu ahli-ahli ekspedisi lain sudah siap memasang fly dan mendirikan khemah. Kami tidak melepaskan peluang bermandi manda dan menikmati kedinginan sungai di kem itu. Kami harus menuruni lembah sungai yang mengambil masa 10 hingga 15 minit dari tapak perkhemahan. Namun kedinginan dan kejernihan sungainya benar-benar mengujakan.

Dari puncak kami dapat melihat laut cina selatan.cuaca dipuncak agak baik petang itu, jadi dari jauh kami dapat melihat kedua-dua buah pulau iaitu pulau redang dan perhentian.

8.30 malam, kedengaran guruh yang sedikit garang disertai kilat memancar. Sejurus kemudian hujan mula turun diikuti angin yang agak kencang. Nasib baiklah ketika itu kami sudah menyiapkan juadah malam. Angin yang kuat itu membuatkan fly yang kami berteduh roboh. Namun, kami masih bertahan dalam fly yang sudah tidak berupa itu sambil menikmati juadah malam kerana perut masing-masing agak lapar.

Hampir satu jam setengah, hujan dan angin mulai reda. Kami memperbetulkan semula khemah dan fly yang musnah sebentar tadi. Air yang bertakung dibuang dan kami meneruskan aktiviti kasual kami. Makan malam belum berakhir. Bekalan makanan juga perlu dihabiskan dan suasana dingin yang tidak lah begitu membeku membuatkan kami senang berada diluar khemah sambil menikmati panorama malam bertemankan bintang yang bertebaran diangkasa raya.

19 April 2009

Seawal 6.30 pagi aku mula mengejutkan teman-teman ekspedisi lain untuk menyaksikan panorama indah mentari pagi seperti kebiasaan di mana-mana puncak gunung. Namun, mentari pagi dipuncak tebu agak unik dan berlainan jika dibandingkan dengan puncak-puncak gunung yang pernah aku ziarahi. Walaupun puncaknya hanya berketinggian tidak lebih dari 4000 kaki dari paras laut namun mentari pagi itu tetap indah dan berbeza sekali. Dari jauh ianya perlahan-lahan menerbitkan wajah disebalik pulau. Kedengaran suara teman-teman yang sibuk merakam detik-detik indah itu. Begitu indah keajaiban Ilahi berbeza setiap ciptaanNya.

Setelah selesai mengemaskan beg dan memastikan tiada sampah yang tertinggal, kami mula bergerak meninggalkan tapak perkhemahan menuju ke puncak gunung untuk sesi pengambaran sebelum meninggalkan puncak gunung. Lebih kurang 20 minit disitu, kami mula berangkat menuruni gunung secara beransur-ansur. Menuruni gunung tidak memerlukan banyak tenaga namun kami tetap harus berhati-hati. Sekali lagi aku dan nizam menjadi peserta terakhir manakala yang lain agak kedepan meninggalkan kami. Dalam sedikit kepenatan, kami tidak melepaskan peluang merakam gambar untuk dijadikan koleksi ketika pulang nanti. Kami terserempak dengan kala jengking dan peluang itu tidak sekali-sekali kami abaikan menjadikannya koleksi menggunakan kameraku. Deruan air sungai sayup-sayup kedengaran dibawa angin bukit.

Beberapa jam perjalanan menuruni permatang akhirnya kami tiba di sungai cakah dua dimana disitu kami menikmati kedinginan air sungainya dan mencari bahan-bahan menarik untuk dijadikan koleksi dihujung lensa kameraku. Hampir setengah jam di situ kami mula beransur-ansur meninggalkan destinasi rehat terakhir oleh karana guruh mulai kedengaran dan hujan mulai turun. Kami mempercepatkan langkah kerana bimbang sungai yang harus kami rentasi membahayakan keselamatan kami berdua akibat hujan lebat dan air menjadi deras.

Alhamdulillah, lebih kurang jam 3 petang kami selamat tiba di kawasan rekreasi lata belatan dengan selamat. Ini bermakna berakhirlah ekspedisi mendaki gunung tebu pada kali ini.

You Might Also Like

0 comments


Ladies & Kids Bundle

Freelance Graphic Designer

Popular Posts